Saturday, August 22, 2009

Terawih ke-2

.
.
.
salam

Tajuk n3 ku terpaksa diubah sebab aku mula cerita tentang satu terawih, bukan satu ramadhan , kan? Hehehe...

Alhamdulillah. Semalam dapat terawih buat kali kedua di masjid kampungku. Mungkin terawih terakhir sebelum berjumpa dengan satu lagi siri berterawih bersama Hafiz muda beranak dua itu sebab lepas nih aku akan balik semula ke rumah sewa. Berdebar jugak sebab tak pernah jejak pon di surau rumah sewaku. Tapi penduduk taman situ ramai yang aktif di surau. Ku cuba bertanya kepada A.G tentang adakah surau dipasang khemah tambahan sebab surau itu agak kecil sebenarnya untuk menampung jemaah wanita (tahu sebab kalau ke kedai aku pasti melalui surau ini, sambil itu melihat keadaan keliling).

Ok lupakan pasal terawih yg bakal ku tempuh esok malam. Mahu cerita tentang terawih malam tadi pulak.

Kalau semalam aku berada di saf ke-3, malam tadi, sungguh la sedih- aku berada di saf yg terakhir, no yg palinggggggggggggg akhir sekali dalam jemaah wanita. Sungguh tak sangka aku punya tempat terakhir. Ini gara2 aziah, adikku yg mahu pergi selepas isyak di rumah (kebiasaan kami akan isyak jemaah di masjid). Bengang la jugak sebab aku dah siap2 dia suruh tunggu, kemudian kena tunggu dia mandi, pakai baju, solat isyak kemudian baru laa pergi, aduh.. lambat maaa...

Sampai je masjid, masyaAllah, punya laa ramai manusia! Aduh... aku cuba cari tempat kosong dlm saf2 depan, namun hampa, huhuu.. terpaksalah aku berada di saf yg akhir, malah saf akhir tuh begitu open hingga jemaah lelaki boleh melihat aku! Adoiiiii!!!!!

Masuk mahu terawih, cabaran bermula. Seperti sedia maklum, siapa yg biasa berada di saf terakhir, pasti akan berasa, tak banyak sedikit, rasa menyampah! Sungguh nih.

Dengan saf terakhir tuh penuh dngan anak dara yg ”berkokok kiki” dari menunaikan solat terawihnya, dengan kanak2 lelaki yg sibuk bermain air kolah, memanjat tiang salur hujan, yg berlari lari hingga pijak sejadah aku dan jemaah lain, dengan yg bila terawih rakaat ke-6, bila ku beri salam, seperti ternampak ”pokok terbakar lite lite” (yg rupanya ialah budak2 lelaki, berbaju melayu, lepak atas tembok masjid dan merokok dlm gelap!!), dan jugak aku seperti ternampak uda dan dara ’berdating’ dalam keadaan bertelekung dan berbaju melayu di hujung sudut masjid.

Aku jumpa satu jer hikmah: LAIN KALI JANGAN DUDUK DI SAF TERAKHIR!
p/s: alhamdulillah, semalam penuh cabaran aku menghabiskan al-baqarah, namun syukur aku berjaya menghabiskan surah itu. Dan semalam, aku terkejut dapat hadiah dari makcik yg jarang ku jumpa (adik ayahku, kak chik), ayah pulang dari umah arwah nenek dengan memberi sepasang kain batik halus, siap berjahit kepadaku. ”kak chik bagi kakak, ayah kata dalm umah tuh ada 5 orang perempuan, tapi kak chik kata beri pada kakak saja”, tersenyum dan syukur. Aku akan call kak chik ucap terima kasih petang ini.

Kemudian baru kejap ini (11.45am), baru semalam aku kata mahu jubah hitam, hari ini angahku pulak beri sepasang jubah hitam yg dia rasa dia tidak boleh pakai lagi (angah aku nih sejak kawen makin kurus, asben dia plak makin berisi, hehehe....)

Ok la, apa pun 1000 syukur aku panjatkan. Alhamdulillah.

Sekian. selamat berpuasa :)
(surah ali imran: ayat 101, minit, 33:14)


.
.
.

No comments: