Sunday, August 23, 2009

Terawih ke-3

.
.
.
Malam ini malam terakhir aku solat terawih di masjid kampung, jumpa lagi hingga minggu depan. Petang tadi sempat ke rumah sewa lepas hantar angah dan asben naik bas ke JB. Hantar juadah yg CD jual, roti jala dan tauhu sumbat, rupanya mereka sempat amek bubur lambuk dari surau, diambil waktu tgh hari pulak tuh, lambat lagi mahu berbuka, nampak di dapur ada secekak daun bawang dan daun sup, mahu buat apa? Tanyaku, jawab mereka: mahu makan sama bubur lambuk itu kak, sedap sikit, kekeke, gelak mereka bertiga, bio aura, nadiah dan zaihasrin. Susun atur keadaan rumah juga sudah berubah, dan aku tahu itu ialah atas gesaan dari zaihasrin dan juga sebab ketiadaan hampir 5 orang yg lain, jadi mudah untuk mengemas.

Hari ni aku tak menolong ibu masak. Tapi tolong la hiris2 bawang untuk dibuat bawang goreng, hiasan untuk mee hailam untuk berbuka. Berbuka tadi makan mee hailam udang, tauhu sumbat roti jala. Minum plak air tebu, air susu kocak+kurma (sumpah sedap betol, minum atas saranan kakjah, hehehe..), dan juga air carrot susu (buatan adik nadiah). Hari ini makan berbuka hanya berenam. Till now, malam jam 11.01mlm, CD belum pulang.

Tadi terawih alhamdulillah dapat saf no-5, hujung. Daripada 12 saf, bagus la kan.. dan bila nak masuk witir, ada makcik saf-4 beralih sebab dia nak sambung lebihan terawih di rumah mungkin, jadi aku dapat duduk di saf ke-4, alhamdulillah lagi, hehehe... sebelah aku makcik yg biasa solat berkerusi tapi malam ini dia memilih untuk duduk. Kasihan aku lihat makcik nih, apa ya nama dia, aku dah lupa, tapi mmg terawih tiap tahun aku akan jumpa dia, dan tempat dia mmg seolah telah ditetapkan, saf ke-4, tmpat hujung, hehe...

Dah dua hari pagi puasa nih hujan rahmat, hehehe... nih esok pagi ada kelas tapi malam nih tak kemas apa lagi, apa lagi nak jadi aku nih, malas kemas awal2.. :P, internet malam nih hampeh sebab ada bunyi guruh.

p/s: Pagi esok mahu sambung bacaan surah ke 3, surah an-nisa, alhamdulillah malam nih dah tamat ali imran.


.
.

No comments: