Sunday, August 30, 2009

menyelit.. hari sebelum pi ke bazaar. hari sabtu kot..

.

Malam tadi terawih kat surau. Seperti biasa. Tetapi yg buat aku terkejut, aku ternampak kereta lutfi melalui surau. Aku fikir itu kereta yg sama seperti lutfi. Tetapi bila aku perasan kereta itu berhenti depan rumahku, aku bertambah terkejut! Ia bagai mengiakan apa yang aku sedang fikirkan.

Tidak perlu lama, aku ternampak nad keluar dari kereta itu. Sah laa... firasatku benar. Aku panggil aziah jadi saksi. Aziah terkejut sama. Tidak menyangka, benar tak sangka yang nadiah akan berbuka bersama lutfi. Kata nadiah mereka tidak ada apa apa, tapi bagaimana dengan apa berlaku sebentar tadi?? Biarlah. Aku bukan siapa siapa pada mereka untuk memberitahu apa yg baik atau buruk hubungan adik-abang angkat mereka ini. Masing masing sudah besar. Biarpun, padaku, tidak elok nad, yg sudah berpunya itu, keluar dengan lelaki bukan muhrimnya berduaan. Maaf nad andai kamu baca apa yg kak long taip ini. Kamu bilang kamu takut dengan keadaan abang sayang kamu yg berada jauh dimata kamu, takut dia menduakan kamu. Tapi kamu.... apa pula hukumnya berbuka puasa berdua bersama lutfi? Apa pula pandangan dan perasaan kamu jika abang sayang kamu berbuka puasa berdua bersama ”adik angkat” nya pula?

Ntah. Pada aku, dunia ini memang tidak adil dari awal pun.. sebab hak adil itu hanya ada pada Allah swt. Dari kita mengeluh kesah kenapa dunia ini tidak adil, ada baik nya kita get used to it, kan? Supaya yang tidak adil itu, menjadi ”adil” pada kita...

Ok sambung... kemudian, bila aku masak sorang2 di dapur, tiada seorang membantu. Zue kata ”akak minta maaf tak tolong pon akak kat dapur” aku tersenyum ”tak apa, kamu penat memandu tadi, akak faham”, sungguh aku faham.

Tapi bila tiba2 bila aku sudah habis masak, melihat pula pintu depan rumah terbuka, mereka berdua sahabat pula tiada di dalam bilik, membuatkan aku cemas seketika. Melihat ke luar rumah.. rupanya mereka strolling sambil berdating sama syuk and the geng.. alahai adik adik ku ini.... haih....



.

Saturday, August 29, 2009

terawih ke-9

hmmm.. terawih malam nih istimewa sket.. kami satu family terawih berimamkan ayah :), sebab tadi kakak aku sefamily datang dari muar mahu berbuka sama dengan family.. so, terawih laa kami pukul 10.30mlm :). bagus. tapi yg imam jer lelaki. adik ku ngan adik iparku tak sertai kami, 2-2 tgh mandi.

so hari ini, pagi2 tadi sahurku hanya susu+oat+kurma sahaja. aku cuba tak mau makan nasi. ibu perli "ai tak payah laa ayah beli beras lagi banyak2.." sambil senyum ;P

lepas sahur, subuh, aku kembali tidur semula. mmg la org kata tak elok tido lepas subuh, tenaga dlm badan kita akan diserap sebenranya.. dan akhirnya, aku bangkit pada pukul 10! terasa mahu demam sebab terlajak tido.

aktiviti membaca quran aku terhenti seketika, bukan sebab uzur, tapi aku selesa membaca tika di rumah sewa.

setakat ini aku masih lagi dkat al-araf, minit ke-28.

buruk laku sungguh. jgn ikut perangai aku tau!

salam.

terawih ke-8

Terawih ke-8

Pagi tadi aku kena bersiap lawa sket sebab aku nak jumpa haji zamrud. Maybe dia nak tgk business proposal aku. Aku pagi tadi dah printed out. Pagi nih kelas hj musa. Sebelum nih kelas dia best giler, sebab dia pandai buat kelakar, tapi pagi tadi, kelas dia ngantuk sampai aku tido, bukan sekali, tapi 2.. jgn marah. Aku mmg ngantuk.

Petang tadi dah terima elaun. Aku dapat dlam rm1442. ada yg rm1500. mana2 laa.. janji short tak banyak. Kasihan kak mimi, dia asek tanya jer sample dodol dia, kekeke!

Berbuka aku buat mee goreng basah, cendawan jintan goreng sama fries. Ada kirim budak2 lelaki 3-4jenis juadah, ok la, mereka tak amek duit pon. Katanya zakat :)

Berterawih plak cam biasa. Hujan renyai2... malam esok dah terawih semula kat masjid kampungku.

terawih ke-7

Terawih ke-7
Suhanallah... sekejap jer dah 1 minggu berlalu terawihnyer kan.. hmmm.. bagus laa aku masih berkesempatan untuk menikmati terawih yg ada. Maybe minggu depan, aku sudah tak boleh puasa. Jangkaan ialah sekitar 2-3 hb aug. Hmm... nih pon perut dah tunjuk tanda2 dia..

Ok laa... petang punya citer, oleh sebab aku x masuk kelas sebab jaga2 aku punya cirit, aku pon masuk dapur, tgk banyak bahan masak takde, yg ada terung 4biji. Aku pun terasa nak bagi juadah kat budak lelaki, so aku pon buat laa sambal manis terung. Buat2 jer terus sms ikhwan, ckp nak bagi tapi tunggu aku kat luar kelas, dia setuju. Then after bagi tuh, dia ckp dia baru balik mydin dan masak. Sebab yg lain sume letih. Dia buat sayur air ngan ikan goreng jer. Jadik la...

Aku paling terkejut bila dira ckp ”akak masak x pernah nak pass kat umah saya..” dengan kuat plak tuh. Aku terkejut giler oke. Takpe la, aku paham. Biar la.. lagipun later2 mmg niat nak bagi mereka pon, just belum ada kesempatan jer...

So mlm tadi kita makan nasi goreng kerabu ngan tomyam, azie ngan nadiah AB yg masak. Sedap. Bile tahu ikhwan and the geng makan sayur air, aku gitau nadiah AB, supaya bagi sikit kat budak lelaki. Alhamdulillah jumpa satu umat yg satu kepala ngan aku (sebab budak rumah aku slack nya yg aku perasan ialah mereka berat nak sedekah juadah, walau kat umah perempuan.. pelik, x? Kita nak kejar pahala, dia enggan plak..)

Petang tuh ikhwan niat nak bagi keropok keping kat aku, tapi dia tersilap org, dia bagi muni, sebab dia ingat muni sama umah ngan aku. (dan masa nih laa.. petang, aku sedar Zue ada ehem2 ngan syukri.. hehehe...)

So b4 masa terawih aku sms ikhwan, amek tomyam ngan nasi kerabu sket. Then kami pon jumpa (terserempak sebenarnya) kat pintu gate surau. So aku terus pass kat dia. Dia amek. Senyum. Hehe.. kelakar la dia nih..

Masa nak start terawih, kami dimaklumkan ada sorang jemaah meninggal lepas waktu asar.. innalillah. Jemaah lelaki diminta membaca yassin selepas witir.

Lepas balik, budak2 umah no2 (naim dan wawa), datang rumah nak pinjam beras. Masya’allah, kasihan mereka, ini sebab elaun kami lambattt btol dapat. Patutlah umah ikhwan makan sayur air ngan ikan goreng jer...

Malam tuh, tak buat apa sangat, muni datang rumah n ada 2 group bz sket buat assgmnt. Aku tak. Aku baca al-araf separuh, eh, suku kot, dalam 24minit saja. Al-araf ada 1jam 5min...

Dah dua malam nih asek hujan jer.. bagus la, sejuk jer terasa :)

terawih ke-6

Terawih ke-6
Malam tadi hujan. Sejak petang. Tapi pulang dari kelas naik kete kak anis, waaa.. terror gak kak anis memandu. Tak sangka. Gerak jer dari kelas, kami pulang ke rumah kejap untuk asar, itu laa masanya hujan. Dalam 5.45pm kami bertolak untuk ke ”falken” sebab wira kak anis perlu balancing balik dan tukar kedudukan tayar, merdeka nih dia nak balik kelantan... wira tuh asben kak anis punya.

Tapi masa pergi nih, kak anis tak berani nak bawak kete atas jalan sesak, so disuruhnya si bio-aura yg bawak. Ok, aku admit, bio-aura kalau bawak kete, memang sangat minah syumaker ok! Dia nih rock jugak even dalm tudung labuh dia tuh, kan main lagi dia bawak kete, cilok sana sini, takut aku! Dan takut semua org dlm kete tuh..

Sampai jer sana, tanya la staff falken, berapa lama nak buat balancing ngan alliment, boleh si panjang nih ckp ”sejam, kak” giler. Masa tuh nak berbuka pukul baper? Adoi. Sekali bile dah siap, hampeh, 15minit jer. Kena main dengan si panjang, dia bergurau, serius dia sangat tinggi! Dan aku suka tgk lelaki tinggi dari aku nih, ala2 166 aku nih tinggi laa, kan?

Lepas jer gerak dari falken, kak anis ajak pi family store, sebab katanya dia nak belanja adik2 berbuka, tapi kena goreng sendiri laa, . So, diangkutnya nugget, otak2 bungkus, chicken hot and spicy, fruit punch 2 botol, banyak btol dia belanja kami adik2 umah dia, sampaikan kami yg ikut nih tahan2 dia jgn amek barang lagi. Ha, kemudian dia amek ikan lagi, ”makana sahur nnt ya..” senyum dia.

Balik family store, boleh lak singgah gerai ayam percik, beli lagi, ayam percik 3, pastu dia beli tongkeng ayam 4cucuk.

Balik jer umah dah kul 7.20pm, lagi 5minit nak berbuka. Tak sempat nak capai apa, lepas makan, mandi, maghrib, terus gerak ke surau. Masa gerak dari umah, dah hujan renyai, tgh2 jalan tuh, dalam 5 meter jaraknya, imam dah qamat nak isyak! Apa lagi, aku, nadiah ngan azie berlari lari, sampai pakcik2 kat surau nampak pon gelak2 kat kami~ huhuu...

Apa lagi, masa masuk jer saf, habis berdebar2 jantung, nafas turun naik cam baru pas kena kejar dek anjing... dan lepas tuh apa lagi, aku kena wuduk balik la.. sebab terbuang angin lepas salam solat isyak! Sabar je la.

Balik jer surau, terus bukak quran, habiskan separuh al-an’am, habis jer separuh surah tuh, kete kak anis alarm dia buat hal, kul 10.30mlm plak tuh. Oke dah settle, masuk dapur, goreng segala nugget, ayam dan otak2 gulung tuh. Makan laa ramai2..

Aku masuk tido awal sebab rasa tak brapa sihat, perut meragam rupanya.. adeh! Apa laa agaknya yg aku salah makan nih eh..

Ok, skrg dah 27aug, 11.46am, yup, aku tak masuk kelas pasal kena cirit birit! Ok la, aku nak habiskan al-an’am. Tata!

Salam.

Tuesday, August 25, 2009

Terawih ke-5

Alhamdulillah dapat berterawih di surau. Malah diberikan kami kuih tepung pelita yg sangat banyak ok! Hampir 30biji diberi pihak surau kepada kami budak rumah no 1, no 2, no 3, alhadulillah.... kakitangan surau amat ’sayang’ kepada kami budak2 yg menyewa atas nama pelajar HALAL :)..

malam tadi plak still kena duduk sebelah saf lelaki, kemudian line dipanjangkan, so ternampak dri pintu kaca surau, budak2 HALAL kami yg lelaki: ikhwan, lutfi, zul, faizul, faizal, dan abd ghaffar, kekeke! bagusnya budak HALAL kami nih aku rasa.

Malam tadi pulak, oleh sebab aku tak baca al-maidah pada subuh, so aku kena baca seluruh kandungan al-maidah selepas terawih tadi. 50minit plus plus... :)

nih pulak ada assgnment (aku menaip kat umah no 3 nih haa..) at 1.17am.. giler penat maa..

Esok sambung juzuk ke-6, tak sabar! Hehehehe.. (aku perasan sejak aku baca quran nih, waktu puasa tak terasa langsung lapar dahaganya (kecuali lagi 2-3minit nak berbuka, perut aku pedih, adoi!) then panas2 buta jalan kaki dari umah ke kelas, even tgh panas, terasa sejuk, demi tuhan aku ckp nih.. kalau laa ini fadhilat tuhan beri, dia laa MAHA PEMURAH!)

plus tgh hari tadi, sms dengan makcik pasal mr Y. alhamdulillah.

.

Monday, August 24, 2009

Terawih ke-4

Semalam, turn aku masak. Oleh sebab baru nak beli barang masak, maka kami pulang ke rumah dan mula masak hanya pada 7 malam! Lagi 21minit lagi nak berbuka, apa yg boleh aku buat?? Dah la kena buat mee kungfu, agak leceh, satu hal, kemudian nak masak untuk 7 org.. adoi! tapi thank you adik rumah kerana mereka laa yg tolong siang sayur berjenis2 tuh... (mee nih kena guna banyak sayur sayuran baru sedap), alhamdulillah nasib sempat makan la then terawih.

lepas tuh malam tadi pertama kali terawih di surau taman umahs ewa, sungguh seronok tapi aku kena duduk sebelah dangan saf lelaki (hanya ditabir ngan tirai hijau), hehehe...

Malam tadi mmg cabaran membaca surah an-nisa, aduh.. dugaan!:S

Sunday, August 23, 2009

Terawih ke-3

.
.
.
Malam ini malam terakhir aku solat terawih di masjid kampung, jumpa lagi hingga minggu depan. Petang tadi sempat ke rumah sewa lepas hantar angah dan asben naik bas ke JB. Hantar juadah yg CD jual, roti jala dan tauhu sumbat, rupanya mereka sempat amek bubur lambuk dari surau, diambil waktu tgh hari pulak tuh, lambat lagi mahu berbuka, nampak di dapur ada secekak daun bawang dan daun sup, mahu buat apa? Tanyaku, jawab mereka: mahu makan sama bubur lambuk itu kak, sedap sikit, kekeke, gelak mereka bertiga, bio aura, nadiah dan zaihasrin. Susun atur keadaan rumah juga sudah berubah, dan aku tahu itu ialah atas gesaan dari zaihasrin dan juga sebab ketiadaan hampir 5 orang yg lain, jadi mudah untuk mengemas.

Hari ni aku tak menolong ibu masak. Tapi tolong la hiris2 bawang untuk dibuat bawang goreng, hiasan untuk mee hailam untuk berbuka. Berbuka tadi makan mee hailam udang, tauhu sumbat roti jala. Minum plak air tebu, air susu kocak+kurma (sumpah sedap betol, minum atas saranan kakjah, hehehe..), dan juga air carrot susu (buatan adik nadiah). Hari ini makan berbuka hanya berenam. Till now, malam jam 11.01mlm, CD belum pulang.

Tadi terawih alhamdulillah dapat saf no-5, hujung. Daripada 12 saf, bagus la kan.. dan bila nak masuk witir, ada makcik saf-4 beralih sebab dia nak sambung lebihan terawih di rumah mungkin, jadi aku dapat duduk di saf ke-4, alhamdulillah lagi, hehehe... sebelah aku makcik yg biasa solat berkerusi tapi malam ini dia memilih untuk duduk. Kasihan aku lihat makcik nih, apa ya nama dia, aku dah lupa, tapi mmg terawih tiap tahun aku akan jumpa dia, dan tempat dia mmg seolah telah ditetapkan, saf ke-4, tmpat hujung, hehe...

Dah dua hari pagi puasa nih hujan rahmat, hehehe... nih esok pagi ada kelas tapi malam nih tak kemas apa lagi, apa lagi nak jadi aku nih, malas kemas awal2.. :P, internet malam nih hampeh sebab ada bunyi guruh.

p/s: Pagi esok mahu sambung bacaan surah ke 3, surah an-nisa, alhamdulillah malam nih dah tamat ali imran.


.
.

Saturday, August 22, 2009

Terawih ke-2

.
.
.
salam

Tajuk n3 ku terpaksa diubah sebab aku mula cerita tentang satu terawih, bukan satu ramadhan , kan? Hehehe...

Alhamdulillah. Semalam dapat terawih buat kali kedua di masjid kampungku. Mungkin terawih terakhir sebelum berjumpa dengan satu lagi siri berterawih bersama Hafiz muda beranak dua itu sebab lepas nih aku akan balik semula ke rumah sewa. Berdebar jugak sebab tak pernah jejak pon di surau rumah sewaku. Tapi penduduk taman situ ramai yang aktif di surau. Ku cuba bertanya kepada A.G tentang adakah surau dipasang khemah tambahan sebab surau itu agak kecil sebenarnya untuk menampung jemaah wanita (tahu sebab kalau ke kedai aku pasti melalui surau ini, sambil itu melihat keadaan keliling).

Ok lupakan pasal terawih yg bakal ku tempuh esok malam. Mahu cerita tentang terawih malam tadi pulak.

Kalau semalam aku berada di saf ke-3, malam tadi, sungguh la sedih- aku berada di saf yg terakhir, no yg palinggggggggggggg akhir sekali dalam jemaah wanita. Sungguh tak sangka aku punya tempat terakhir. Ini gara2 aziah, adikku yg mahu pergi selepas isyak di rumah (kebiasaan kami akan isyak jemaah di masjid). Bengang la jugak sebab aku dah siap2 dia suruh tunggu, kemudian kena tunggu dia mandi, pakai baju, solat isyak kemudian baru laa pergi, aduh.. lambat maaa...

Sampai je masjid, masyaAllah, punya laa ramai manusia! Aduh... aku cuba cari tempat kosong dlm saf2 depan, namun hampa, huhuu.. terpaksalah aku berada di saf yg akhir, malah saf akhir tuh begitu open hingga jemaah lelaki boleh melihat aku! Adoiiiii!!!!!

Masuk mahu terawih, cabaran bermula. Seperti sedia maklum, siapa yg biasa berada di saf terakhir, pasti akan berasa, tak banyak sedikit, rasa menyampah! Sungguh nih.

Dengan saf terakhir tuh penuh dngan anak dara yg ”berkokok kiki” dari menunaikan solat terawihnya, dengan kanak2 lelaki yg sibuk bermain air kolah, memanjat tiang salur hujan, yg berlari lari hingga pijak sejadah aku dan jemaah lain, dengan yg bila terawih rakaat ke-6, bila ku beri salam, seperti ternampak ”pokok terbakar lite lite” (yg rupanya ialah budak2 lelaki, berbaju melayu, lepak atas tembok masjid dan merokok dlm gelap!!), dan jugak aku seperti ternampak uda dan dara ’berdating’ dalam keadaan bertelekung dan berbaju melayu di hujung sudut masjid.

Aku jumpa satu jer hikmah: LAIN KALI JANGAN DUDUK DI SAF TERAKHIR!
p/s: alhamdulillah, semalam penuh cabaran aku menghabiskan al-baqarah, namun syukur aku berjaya menghabiskan surah itu. Dan semalam, aku terkejut dapat hadiah dari makcik yg jarang ku jumpa (adik ayahku, kak chik), ayah pulang dari umah arwah nenek dengan memberi sepasang kain batik halus, siap berjahit kepadaku. ”kak chik bagi kakak, ayah kata dalm umah tuh ada 5 orang perempuan, tapi kak chik kata beri pada kakak saja”, tersenyum dan syukur. Aku akan call kak chik ucap terima kasih petang ini.

Kemudian baru kejap ini (11.45am), baru semalam aku kata mahu jubah hitam, hari ini angahku pulak beri sepasang jubah hitam yg dia rasa dia tidak boleh pakai lagi (angah aku nih sejak kawen makin kurus, asben dia plak makin berisi, hehehe....)

Ok la, apa pun 1000 syukur aku panjatkan. Alhamdulillah.

Sekian. selamat berpuasa :)
(surah ali imran: ayat 101, minit, 33:14)


.
.
.

ramadhan pertama

Al-baqarah, 52:56, ayat 150.

Ramadhan pertama:
Balik rumah almost jam 7pm. Sampai umah tgk CD takde. Tanya ayah, “oh, CD jadik meniaga laa, tak tau ke?” jawab ayah sambil gelak. Kekekeke! Sebab ada kawan yg tak jadi meniaga and bagi CD tapak dia. Tapak niaga dia kat taman peringgit. Giler laaa CD dapat tempat bazar paling glemer kat area melaka nih! (google bazar Ramadhan Taman Peringgit), sebab bazaar nih paling dekat ngan Melaka Sentral.

CD nih nak niaga apa? Ooo.. kata ayah, dia nak meniaga air. Haa? Air? Ada lagi kuih2 and sikit lauk ibu jual. Contoh yg aku tahu, ibu nak buat tauhu sumbat (mmg sedap, sungguh!). ok la.. ramadhan kali ni menyaksikan ibu, CD dan aku berniaga. Bukan untung apa, saja tengok market 

Bila masuk dapur, tengok ada plak ibu gula air oren, sirap, ada pek milo, dan sebijik tembikai. So kira2 dari itu aku boleh agak laa CD nak buat air apa..... aku cadangkan daripada buat air guna ibu gula nih (and air2 nih bersepah orang jual, kan??), baik laa buat satu jenis air dan kalau buat tuh cara ikhlas nak org suka, hari2 insyaallah orang akan beli, kan?

Aku cadangkan jual air katira. Aku penah buat and bole bagi resepi kat CD, tapi belum sempat bincang.

Ok tinggalkan citer berniaga. Aku nak citer pasal terawih pertama aku malam tadi.

Masuk jer maghrib aku baru terhegeh2 nak iron telekung. Ibu ayah pergi naik moto jer. While aku, azie n adik naik kete. Aman ngan faizal, adik iparku naik moto. Angah tak pergi, bulan puasa dia start minggu depan, hehehe...

Masuk jer masjid, waaa.. ramainya orang. Aku duduk and solat sunat masjid kat saf yg k-6, kemudian bila ada peluang, naik saf-4. habis jer azan isyak, makcik sebelah aku soh aku naik lagi satu saf. Maka terawih pertamaku berada di saf yg ke-3, no yg ke-10 dari kanan imam....

Masuk masjid juga, aku nampak muka2 yg biasa aku nampak tahun lepas. Tapi ada gak makcik and anak dara yg aku tak biasa nampak. Tapi kebanyakkan dari mereka, aku kenal.. masuk jer saf depan sebenarnya aku nampak beberapa perubahan. Antaranya, almari besar tempat letak replika chek dan piala milik masjid dah takde, diganti ngan almari untuk telekung dan al-Quran. Alhamdulillah.

Perubahan paling buat aku teruja, alamak, ada tv LCD kecik laa kat depan (dilekat di dinding)! Giler laa perubahan masjid kampung aku, kekekeke! Aku rasa seronok sebab ada tv LCD tuh, sebab kita boleh nampak pergerakan yg dilakukan oleh iman, yg biasanya kami tak perasan.

Aku ingat lagi perkara lucu sepanjang 2-3 tahun lepas. Sesetengah daripada makcik2 ada yg tak tahu bila waktu sujud sejadah (tengah2 imam membaca terus kena sujud)... bila perkara nih terjadik, habis lintang pukang saf makcik2 nih, ada yg rukuk, ada yg buat tak tahu, ada yg tahu, ada yg dia ikut orang sebelah dia, last2 terawih rakaat tersebut terpaksa diulang, jangan gelak, tahun lepas aku terkena sekali! Ahahaha!

Sejak dua tahun lepas, imam masjid kampung aku dah mula buat terawih 8 + witir 3, sebab ramai yg request. Kalau tak, selama nih kami buat 20 terawih + 3 terawih. Mahu kul 11.15malam baru habis. Semuanya bergantung pada masa dan keadaan. Tapi harap2 sepanjang aku boleh puasa, aku mahu khatam terawih ku. Ramadhan tahun lepas menyaksikan aku menangis sebab takut tak jumpa ramadhan tahun nih, huhuhu..

Sebelum mulakan terawih, tiba2 imam bersuara dangan guna mic, “assalammualaikum para jemaah, disini saya ingin umumkan bahawa pada kebiasaannya terawih kita nih diimamkan oleh hafiz kita yg biasa seperti tahun lepas, namun malam ini kami mohon maaf, beliau tidak dapat menghadirkan diri lantaran menghantar isteri beliau yg baru berpantang seminggu lepas ke kedah, iaitu ke rumah mak mertua beliau di kedah, maka pada malam ini, kita guna pakai laa mana yang ada yer..” sedikit lucu dihujung ayat, dan para jemaah tergelak dan tersenyum, hehehe... jadi imam hafiz muda kami akan memimpin jemaah terawih pada malam esok.

Aku niat mahu khatam al-Quran sepanjang ramadhan tahun ini. So bermula subuh 22 aug ini, aku sudah bermula, tapi aku bahagikan ayat untuk waktu subuh dan zuhur (waktu asar aku sibuk tolong ibu buat tauhu sumbat). Aku menggunakan bantuan softwere al-Quran 30juzuk sepanjang bacaan sebab takut pada kesilapan membaca. Dan boleh laa perasan berlagu lagu ala2 imam Makkah sikit, ngeee..... (subuh: al-Baqarah, ayat 150, minit ke 52:56).

Salam.