Saturday, August 22, 2009

ramadhan pertama

Al-baqarah, 52:56, ayat 150.

Ramadhan pertama:
Balik rumah almost jam 7pm. Sampai umah tgk CD takde. Tanya ayah, “oh, CD jadik meniaga laa, tak tau ke?” jawab ayah sambil gelak. Kekekeke! Sebab ada kawan yg tak jadi meniaga and bagi CD tapak dia. Tapak niaga dia kat taman peringgit. Giler laaa CD dapat tempat bazar paling glemer kat area melaka nih! (google bazar Ramadhan Taman Peringgit), sebab bazaar nih paling dekat ngan Melaka Sentral.

CD nih nak niaga apa? Ooo.. kata ayah, dia nak meniaga air. Haa? Air? Ada lagi kuih2 and sikit lauk ibu jual. Contoh yg aku tahu, ibu nak buat tauhu sumbat (mmg sedap, sungguh!). ok la.. ramadhan kali ni menyaksikan ibu, CD dan aku berniaga. Bukan untung apa, saja tengok market 

Bila masuk dapur, tengok ada plak ibu gula air oren, sirap, ada pek milo, dan sebijik tembikai. So kira2 dari itu aku boleh agak laa CD nak buat air apa..... aku cadangkan daripada buat air guna ibu gula nih (and air2 nih bersepah orang jual, kan??), baik laa buat satu jenis air dan kalau buat tuh cara ikhlas nak org suka, hari2 insyaallah orang akan beli, kan?

Aku cadangkan jual air katira. Aku penah buat and bole bagi resepi kat CD, tapi belum sempat bincang.

Ok tinggalkan citer berniaga. Aku nak citer pasal terawih pertama aku malam tadi.

Masuk jer maghrib aku baru terhegeh2 nak iron telekung. Ibu ayah pergi naik moto jer. While aku, azie n adik naik kete. Aman ngan faizal, adik iparku naik moto. Angah tak pergi, bulan puasa dia start minggu depan, hehehe...

Masuk jer masjid, waaa.. ramainya orang. Aku duduk and solat sunat masjid kat saf yg k-6, kemudian bila ada peluang, naik saf-4. habis jer azan isyak, makcik sebelah aku soh aku naik lagi satu saf. Maka terawih pertamaku berada di saf yg ke-3, no yg ke-10 dari kanan imam....

Masuk masjid juga, aku nampak muka2 yg biasa aku nampak tahun lepas. Tapi ada gak makcik and anak dara yg aku tak biasa nampak. Tapi kebanyakkan dari mereka, aku kenal.. masuk jer saf depan sebenarnya aku nampak beberapa perubahan. Antaranya, almari besar tempat letak replika chek dan piala milik masjid dah takde, diganti ngan almari untuk telekung dan al-Quran. Alhamdulillah.

Perubahan paling buat aku teruja, alamak, ada tv LCD kecik laa kat depan (dilekat di dinding)! Giler laa perubahan masjid kampung aku, kekekeke! Aku rasa seronok sebab ada tv LCD tuh, sebab kita boleh nampak pergerakan yg dilakukan oleh iman, yg biasanya kami tak perasan.

Aku ingat lagi perkara lucu sepanjang 2-3 tahun lepas. Sesetengah daripada makcik2 ada yg tak tahu bila waktu sujud sejadah (tengah2 imam membaca terus kena sujud)... bila perkara nih terjadik, habis lintang pukang saf makcik2 nih, ada yg rukuk, ada yg buat tak tahu, ada yg tahu, ada yg dia ikut orang sebelah dia, last2 terawih rakaat tersebut terpaksa diulang, jangan gelak, tahun lepas aku terkena sekali! Ahahaha!

Sejak dua tahun lepas, imam masjid kampung aku dah mula buat terawih 8 + witir 3, sebab ramai yg request. Kalau tak, selama nih kami buat 20 terawih + 3 terawih. Mahu kul 11.15malam baru habis. Semuanya bergantung pada masa dan keadaan. Tapi harap2 sepanjang aku boleh puasa, aku mahu khatam terawih ku. Ramadhan tahun lepas menyaksikan aku menangis sebab takut tak jumpa ramadhan tahun nih, huhuhu..

Sebelum mulakan terawih, tiba2 imam bersuara dangan guna mic, “assalammualaikum para jemaah, disini saya ingin umumkan bahawa pada kebiasaannya terawih kita nih diimamkan oleh hafiz kita yg biasa seperti tahun lepas, namun malam ini kami mohon maaf, beliau tidak dapat menghadirkan diri lantaran menghantar isteri beliau yg baru berpantang seminggu lepas ke kedah, iaitu ke rumah mak mertua beliau di kedah, maka pada malam ini, kita guna pakai laa mana yang ada yer..” sedikit lucu dihujung ayat, dan para jemaah tergelak dan tersenyum, hehehe... jadi imam hafiz muda kami akan memimpin jemaah terawih pada malam esok.

Aku niat mahu khatam al-Quran sepanjang ramadhan tahun ini. So bermula subuh 22 aug ini, aku sudah bermula, tapi aku bahagikan ayat untuk waktu subuh dan zuhur (waktu asar aku sibuk tolong ibu buat tauhu sumbat). Aku menggunakan bantuan softwere al-Quran 30juzuk sepanjang bacaan sebab takut pada kesilapan membaca. Dan boleh laa perasan berlagu lagu ala2 imam Makkah sikit, ngeee..... (subuh: al-Baqarah, ayat 150, minit ke 52:56).

Salam.

No comments: