Saturday, August 29, 2009

terawih ke-7

Terawih ke-7
Suhanallah... sekejap jer dah 1 minggu berlalu terawihnyer kan.. hmmm.. bagus laa aku masih berkesempatan untuk menikmati terawih yg ada. Maybe minggu depan, aku sudah tak boleh puasa. Jangkaan ialah sekitar 2-3 hb aug. Hmm... nih pon perut dah tunjuk tanda2 dia..

Ok laa... petang punya citer, oleh sebab aku x masuk kelas sebab jaga2 aku punya cirit, aku pon masuk dapur, tgk banyak bahan masak takde, yg ada terung 4biji. Aku pun terasa nak bagi juadah kat budak lelaki, so aku pon buat laa sambal manis terung. Buat2 jer terus sms ikhwan, ckp nak bagi tapi tunggu aku kat luar kelas, dia setuju. Then after bagi tuh, dia ckp dia baru balik mydin dan masak. Sebab yg lain sume letih. Dia buat sayur air ngan ikan goreng jer. Jadik la...

Aku paling terkejut bila dira ckp ”akak masak x pernah nak pass kat umah saya..” dengan kuat plak tuh. Aku terkejut giler oke. Takpe la, aku paham. Biar la.. lagipun later2 mmg niat nak bagi mereka pon, just belum ada kesempatan jer...

So mlm tadi kita makan nasi goreng kerabu ngan tomyam, azie ngan nadiah AB yg masak. Sedap. Bile tahu ikhwan and the geng makan sayur air, aku gitau nadiah AB, supaya bagi sikit kat budak lelaki. Alhamdulillah jumpa satu umat yg satu kepala ngan aku (sebab budak rumah aku slack nya yg aku perasan ialah mereka berat nak sedekah juadah, walau kat umah perempuan.. pelik, x? Kita nak kejar pahala, dia enggan plak..)

Petang tuh ikhwan niat nak bagi keropok keping kat aku, tapi dia tersilap org, dia bagi muni, sebab dia ingat muni sama umah ngan aku. (dan masa nih laa.. petang, aku sedar Zue ada ehem2 ngan syukri.. hehehe...)

So b4 masa terawih aku sms ikhwan, amek tomyam ngan nasi kerabu sket. Then kami pon jumpa (terserempak sebenarnya) kat pintu gate surau. So aku terus pass kat dia. Dia amek. Senyum. Hehe.. kelakar la dia nih..

Masa nak start terawih, kami dimaklumkan ada sorang jemaah meninggal lepas waktu asar.. innalillah. Jemaah lelaki diminta membaca yassin selepas witir.

Lepas balik, budak2 umah no2 (naim dan wawa), datang rumah nak pinjam beras. Masya’allah, kasihan mereka, ini sebab elaun kami lambattt btol dapat. Patutlah umah ikhwan makan sayur air ngan ikan goreng jer...

Malam tuh, tak buat apa sangat, muni datang rumah n ada 2 group bz sket buat assgmnt. Aku tak. Aku baca al-araf separuh, eh, suku kot, dalam 24minit saja. Al-araf ada 1jam 5min...

Dah dua malam nih asek hujan jer.. bagus la, sejuk jer terasa :)

No comments: