Tuesday, August 9, 2011

terawih 6 dan 7 *trip to masjid USM*

journey to the north.
laporan bergambar di blog fahri

Jumaat
Tiket bertolak pada pukul 9.30 pagi, bas bergerak pada jam 10pagi. Tipikal. Waktu tuh budget sampai pada fikiran orang Melaka yang tak pernah naik bas ke Penang ialah lebih kurang 3petang sampai. Oleh sebab aku duduk single seated bahagian depan, maka terdengar laa perbualan seorang pakcik-driver bas berkaitan waktu sampai.

“I nak turun Butterworth, agak2 bila boleh sampai eh?”
“5petang itu macam” ringkas jawapan uncle driver.

Toing! 5petang? Mahu makan separuh hari nih. Ujar hati kecilku. Takpe, janji selamat sampai. Perjalanan bosan. Dengan takde ipod, radio bas tak dipasang, maka aku harungi 80% perjalanan dengan ZZzzz…. Kerana malam sebelum bertolak, aku tidur pada 1pagi, dan bangun sahur pada 4pagi terus tak tido2 sampai ke Melaka sentral.

Bila perjalanan menghampiri area exit ke Cameron Highlands, masa sedang tidur, tiba2 terasa bas terhayun ke kiri kanan sedikit, perasaannya sama seperti menaiki bot di laut. Maka aku fikir mungkin kerana bas mahu ke lane kiri. Dan rupanya disinilah ujian perjalanan bermula…

Aku terdengar jeritan uncle driver memanggil co pilot nya di tempat duduk belakang penumpang dimana co drivernya sedang tidur.

“Panggil Raju! Panggil Raju! I dah terlanggar kereta orang lah!” berderau darah aku masa tuh. Terasa sejat darah aku. Aku tahu apa yang aku perlukan kalau aku jadi macam nih.

Air. Aku perlukan air sekarang. Aku kalau semangat hilang, aku akan perlukan air walau seteguk. Kasi datang semangat balik.

Oit! Puasa la!

Bila aku tengok arah depan, kelihatan sorang abang (melayu) aku fikir, dengan rambut tanco berkilat dipanah cahaya mataharri nan terik, dan speak mata hitam, sudah sampai di depan pintu bas.

“LU, TURUN SEKARANG!!!!!” jerit abang melayu tuh. Masa tuh aku tak tahu bagaimana keadaan kereta abang tersebut. Amarahnya, kalau siapa dekat untuk cakap “bang, assabarun minnal iman, bang”, wajib orang tukang sabar tuh yang dia hentak dulu. Uncle driver tak berani turun. Si Raju co pilotnya plak mamai lagi kat belakang. Aku syak kalau uncle turun, memang mati atau cedera parah. Aku mula terasa nak belek balik lesen aku dalam purse, demi nak buktikan kalau sesuatu terjadi pada uncle bas dan co pilotnya, aku bukan calon sesuai untuk menggantikan kerusi driver bas itu. Aku yang separuh mamai dalam bas memang terkejut dan memilih untuk menikus dari menyinga (sebab aku nak menyinga ialah sebab aku sedang2 elok tengah tidur sebelum kejadian, hampir tersentak kedepan dengan sungguh tak bergaya sekali akibat break emergency uncle, dah la sebelah aku abang hensem duduk, rambut macam fahri pulak tuh. PANGGGG!!!!! Jatuh saham gua tak memasal)

Dalam tak berani, sempat aku pandang kereta milik abang rambut tanco (ART) berkilat di depan bas.

Volvo s60, kaler maroon, berkilat, well-polished, no plat, johor, jangka hayat guna, kurang dari 3bulan. Atau kurang dari itu. 3 minggu mungkin. Atau 3 hari. Eiii.. ngeri dowh! Buatnya mamat ART tuh bawak kereta baru nak balik kampong tunjuk mak ayah dia ke, lepas tuh tgk lampu signal belah kanan dah OKU, mana laaa mamat ART tuh tak marah.

Patutlah uncle driver tak berani turun. Kalau turun aku tak rasa aku dapat sampai butterworth jam 5petang, fara masih terpaksa amek aku pada jam 5 petang, tapi keesokan harinya laa..

Nak ikutkan, sebenarnya bukan salah uncle driver atau bas lawa dia, tapi sebab sekor lori nih potong and masuk line dengan cara bahaya, maka uncle yang berada dalam lane tengah terpaksa ke lane paling kiri, which lane mamat ART. Lori yg sekor tuh telah berjaya meninggalkan tempat kejadian dengan kadar paling pecut untuk sekor lori 2tan.
Ada laa dalam 5 minit mamat ART tuh berdiri kat depan pintu bas tuh sambil buat muka tak puas hati tahap gaban. Uncle driver cuma mampu bercakap dari dalam bas, tidak mahu keluar, takut dia mati bulan2 umat islam puasa nih plak kang.

Agaknya bila tuntutan tidak berjaya, mamat ART tuh aku sempat lihat menendang pintu bas sebelum beredar. Aku rasa syukur laa jugak sebab aku fikir bila dia beredar, dia nak amek batang besi ke batang kayu ke pakat nak pecahkan semua tingkap bas, walau pada hakikatnya, yg pecah cuma lampu signal dia.

Tapi lampu signal Volvo s60 sebelah berapa ringgit yer……

Kemudian bas bergerak seperti biasa.. dan aku harap tak akan jumpa lagi laa kejadian2 macam tuh. Sepanjang perjalanan yang berbaki 4jam lagi tuh, aku berjanji tak mahu tido.

Tapi aku gagal la plak. Aku sambung balik ZZzzzZZzzzzzzzz…

“BUTTERWORTH! BUTTERWORTH!” masa tuh dah setengah jam aku sedar. Aku turun. Sms fara “gua dah sampai”. Fara terus call “weh giler cepat kau sampai, 4.30 dah sampai. Biasa 5.30 baru sampai, fadlin (kawan kami, org melaka) naik biasa 5.30-5.45petang baru sampai”

Yer la, aku syak uncle driver bawak laju kot, nasib baca doa naik kenderaan. Fuhh…
Sampai jer, aku terpaksa tunggu farah dan fadlin yang masih berada dlm kawasan UiTM Penang untuk fadlin bersiap dan packing. Sejam lagi menunggu. Aku solat musafir dalam surau yang agak sempit bila lebih ramai ‘jemaah tidur’ dari ‘jemaah solat’. 5.30petang, kelihatan kereta fadlin melewati aku. Sambil gaya seorang gadis melambai untuk teksi, masuk jer dalam kereta, aku dikutuk fara. “weh, kot yer pon nak control ayu, tak yah nak lambai gedik macam tuh” haha!

bersambung....

No comments: