Wednesday, August 10, 2011

part 2: terawih 6 dan 7 *trip to masjid USM*

sambungan dari n3 dibawah...

Aku dibawa terus ke pulau. Naik jambatan pulau pinang, yer aku telah tertipu dengan sebuah jambatan yang sebijik sejiban kat butterworth, Cuma lebih kecil. Tapi design sebijik giler. Fadlin selaku ‘Melaka’ yang dah jadik ‘Pulau Pinang’ sejak hampir 8tahun (belajar, mengajar) berkata “kalau orang luar yg baru masuk penang, memang akan keliru 100%” (dalam hati: yer fadlin, aku salah sorang dari mereka)

Kami masuk ke dalam usm. Fara dan fadlin berebut bertindak sebagai tourist guide padaku. “haa ini school fizik kiter orang” “ini school lanskap” “ini school cikgu2”
Aku cuma mampu “haaa…oooo…..haaaaa… ooooooooo……”, lain laa kalau aku pernah belajar dalam usm, bleh aku tumpang excited sama :D

Mencari parking dalam masjid, aku lihat dah banyak khemah arab putih yang didirikan. Tapi yg ada cuma meja bulat dan kerusi. Orang, dan suasana belum nampak lagi.

“kiter nih dah terawal laa.. baru pukul 6, memang takde apa lagi nih” ujar fadlin.
“jom kita pi carik bazaar tempat kita selalu pergi tuh nak??” cadang fara. Mereka decide untuk berjalan kaki, aku fikir, oh, dekat.

Kemudian bila berjalan, dan berjalan, berjalan lagi…. Aku terdiam (dalam hati: nasib pakai kasut flat)

“eh, fara, kenapa aku rasa kita nih jalan2 tak sampai bazaar lagi ha?” TERIMA KASIH FADLIN!
“aku rasa kan, kita nih dah tua la.. sebab dulu jalan ke bazaar kita tak rasa jauh macam nih kan..”
Aku hanya mampu terdiam. Bukan kampong aku, maka lebih baik diam.
“long, aku tgk muka ko dah penat dah. Penat ke?” fara perasan.
“eh, aku ok jer la.. tak rasa penat sangat” (dalam hati: denial. sebab aku tengah sandang bag pack isi macam2)
Jumpa tapak bazaar, yg ada hanya…. TAPAK BAZAAR. Bazaar takde. Hilang.
“eh, mana pi bazaar kat sini eh..” fadlin dan fara terkejut. Aku pon untuk subject “ the more the merrier”, telah memilih untuk buat2 terkejut sama.
Sambil berjalan, kami menghampiri sebuah gerai jual apam balik. Dekat 5 tapak sampai gerai, fadlin tanya fara..
“fara, ko nak beli apam balik tak?”
“tak nak ah” fara jawab. Masa tuh gerai apam dah betol2 depan kami, dan aku syak kakak apam balik tuh dengar. Mungkin hasil letih, penat, kaki sakit, fara menjawab tone begitu.
“dik, apam balik…” kakak gerai tersenyum memandang kami. Aku senyum dan geleng, sebab dah 2-2 taknak beli, waktu 2langkah membelakangkan gerai akak tuh, aku sempat melihat akak tuh membungkus dengan segera sekeping apam baliknya. Mungkin dia fikir kami ingin membeli, atau gelengan aku tadi tak cukup haul untuk akak tuh faham kami hanya akan berjalan melewati gerainya, bukan niat mahu membeli.
“dik, nah amek nih, akak bagi” akak tuh bersuara.

sambungan lagi...

No comments: