Thursday, August 11, 2011

part 3: terawih 6 dan 7 *trip to masjid USM*

sambungan dari n3 bawah...

HAA?? Aku pandang fara, fara pandang aku, fadlin pandang akak tuh. Masing2 cuba: mentafsir ayat (‘betol ke apa yg aku dengar? Akak nih offer apam balik free??-dari pihak kami) dan kelakuan (‘budak nih nak amek ke tak apam balik aku nih?-dari pihak akak apam balik)

Bila melihat akak apam balik nih tersenyum sambil mengangguk, cara untuk mengesahkan ‘ya, apam nih free’, kami pon jalan balik ke gerai akak tuh. Sambil manis muka (dalam hati: harap jangan laa akak nih kecik hati dengan kelakuan kami)
“amek laa, rezeki kamu nih, akak pon dah kemas nak balik nih” akak tuh senyum. Nasib baik dia jenis tak kisah.

Sempat bertanya dimana bazaar yang fara dan fadlin cari tuh, jawab akak tuh dah lama tutup sebab bazaar tuh tak berapa laku. Kalau nak jugak, jalan lagi sikit dan akan jumpa bazaar mini, jualan org2 taman perumahan. Fadlin dan fara menolak. Tak mahu. Maka fara dan fadlin memilih untuk berjalan balik dengan menggunakan jalan yg lain, maknanya kami berpusing untuk balik semula.

Tak sangka, tesco sungai dua giler dekat dengan pintu utama usm.

Dan fara serta fadlin beria menunjukkan aku mana satu gerai beger yang super sedap, mana kedai goreng2 yang sedap, mana kedai jual cendol yang superb, di tengah panas mentari, dalam keadaan berpuasa, berjalan kaki hampir 1.5km, dan setelah menempuh perjalanan dalam bas selama 7jam.. tanpa rehat, ini sudah lebih dari cobaan nih… takpe, pengembara2 ramadhan (ceh!) yg lain lagi perit dugaan mereka, apalah sangat berbanding aku nih kan.

Sampai masjid, student agak ramai memenuhi perkarangan masjid. Oh, rupanya khemah arab putih disediakan untuk majlis iftar pendaftar pelajar luar negara (Indonesia, iran, mesir) yang diadakan pada hari tersebut.

Kami beratur untuk ambil makanan iftar. Dua jenis daging (rupanya daging lembu fresh dan kambeen) dan nasi bersama rempah yg sarat padat. Tibe2 teringat sambal goreng bunda.. haipppp! Oleh sebab aku tak minum ais time berbuka, maka air asam boi pekat dengan pewarna itu aku gatal ambil semata2 melihat semua org amek segelas, apada.
Kami berbuka dekat dengan kawasan masjid, duduk selesa bermejakan meja bulat. Meja diatur secara memanjang. Meja sebelah kanan kami ialah sekeluarga dari iran. Pama dan 3 anak. Meja sebelah kiri plak ada 3-4 orang student usm yang tidak balik kampong minggu tersebut. Agak meriah.

Sewaktu menunggu azan, fara dan fadlin bercerita2 tentang kehidupan ramadhan mereka lewat 4thn di usm. Kali terakhir fara berada di usm untuk ziarah lecturer ialah pada tahun lepas, itu pon menurutnya, banyak yg dah berubah. Fadlin pon sama. Mengajar di Uitm Penang membataskan gerakannya mahu ke seberang pulau semata ziarah biasa dan solo.

Masuk azan, kami terus berbuka dan makan. Habis makan, qamat memanggil maghrib pon sampai, kami tergesa2 menuju ke tingkat atas selepas amek wuduk kat tingkat bawah.
Selesai maghrib, seperti biasa, ada yg sambung membaca al quran. Masa nih aku mula tak rasa selesa. Sebab baru teringat, baju yang dipakai dari pagi tidak diganti. Kurang selesa. Tapi tak boleh nak buat apa, beg baju aku dalam kereta, dan parkingnya tak memungkinkan aku untuk meminta kunci kereta dari fadlin yg sedang khusyuk taddarus.

Dapat pak imam arab.. dua rakaat terawihnya sama macam 4rakaat terawih imam org kita. Gigil lutut menahan waktu berdiri. Mujur aku pernah punya pengalaman berimamkan pak arab semasa di masjid al azim 3-4 ramadhan lepas. Jadi memang dijangka bacaannya panjang, dan qunutnya 10min.

(sambung nnt la eh…)

No comments: