Monday, July 22, 2013

tazkirah: uwais al qarni

selain nama anak siti sarah (ya tuhan comelnya anak ni!!)

rupanya uwais al qarni ni sendiri ada kisahnya, pada zaman nabi saw dahulu.

digambarkan uwais ni sorang yg miskin, tidak ada apa kecuali seorang ibu.

uwais ni ada penyakit sopak.

------------------------------------------------------------------

mari zoom out.

satu hari nabi suruh 2sahabat baginda carik si uwais yg ada di madinah ni utk minta dia ni mendoakan 2 sahabat baginda ni supaya mendapat ke syurga.

siapa sahabat baginda ni? sorang ialah ali abi talib. sorang uthman bin affan. persamaan mereka? MEMANG SAH2 DIJANJIKAN SYURGA SIAP2 OLEH ALLAH!

lalu fikir mereka, siapa plak uwais ni smpai deme kena pi ngadap uwais ni dan minta didoakan lagi benda yg sama, hebat sangat ke uwais ni? itu fikiran mereka. dan macam mana nak kenal mana satu uwais sebab punyalah ramai manusia dalam madinah tuh?

lalu nabi beri petunjuk kepada kedua sahabat baginda; antara tanda nak kenal mana satu uwais ialah pemuda ini punya satu tanda sopak dibelakang tengkuknya (digambarkan sebesar syiling 20sen)

dipendekkan kisah, kedua sahabat ni terjumpalah si uwais ni. punyalah tak sangka mereka sbb uwais yg mereka jmpa ni sorang pemuda yg teramat miskin, cuma ada 2 helai selendang untuk menutup aurat dan selai lagi menutup badan/bahu. rambut dan jambang tidak terurus. kelihatan selekeh. apa keistimewaan pemuda ini sehingga nabi saw minta keduanya pohon didoakan?

rupanya...

--------------------------------------
zoom in balik...

uwais ni doanya mujarab dan tiada hijab sebab atas kebaktian dan kasih sayang terhadap ibunya. minta saja mahu doakan apa, maka akn termakbul...

namun uwais tidak pernah mahu mendoakan agar disembuhkan sopak yg ada padanya. sopak yg teruk digambarkan. uwais berkeras tidak mahu; kerana katanya, sopak itu ialah ujian Allah terhadap dirinya, jika dia mintak untuk diubati; maka dia akan terasa bagai tidak bersyukur dengan segala qada dan qadar Allah.

lalu ibunya berkeras menyuruh dia berdoa agar sopaknya sembuh. berkali2 dipaksa, akhirnya atas kasih sayang anak terhadap ibunya; dia pon berdoa moga disembuhkan sopaknya tetapi diminta supaya Allah tidak menyembuh sebahagian kecil sopaknya agar dia tidak lupa diri atau ujub.

---------------

kerana itulah, uwais al qarni dikenali dengan tompokan kecil sopak dibelakang tengkuknya..








sekian.












No comments: