Thursday, July 11, 2013

tazkirah imam waktu terawih yang awesome

takat ni masih lagi diberi peluang utk terawih. alhamdulillah. terawih start dlm 9.10pm.. selesai adalaaa dalam 10.15pm. agak cepat. sebab trawih habis dlm 9.40.

tazkirah mlm pertama.. kejap sngt.. dlm 5min.. imam hafiz ni bijak. dia pancing slow2... dlm kisah 5min dia cuma bagitau.. last day sebelum puasa.. orang2 kita.. akan makan macam2 time lunch.. kata deme "nila last makan siang" imam kata dia pon x faham konsep tuh. haha.. sbb katanya.. time puasalah.. orang akan terlebih makan. lol. then dia tambah sket lagi.. pasal dia pelik ngan budak2 kg dia yg asal 5pm je.. start motor pi round satu kampung. ke hulu ke hilir tnpa ada tujuan.

tazkirah imam malam kedua.. perkara2 yg bleh batalkan puasa. dan kisah nabi2 terdahulu berpuasa. dengar kisah nabi sulaiman dan kaumnya yg berpuasa sehari dan berbuka sehari. maksudnya.. puasa dan berbuka berlaku dlm tempoh 48jam! yg dengar sume terkejut. tp imam cepat2 counter.. katanya.. sebab apa 48jam.. sbb zaman nabi sulaiman.. umatnya besar2.. tongkat nabi sulaiman je dh 40hasta (imam soh balik rumah sila ukur 40hasta pnjang mna) dan serba sikit lagi kisah yg aku dh lupa. orang zaman itu jika taubat nasuha..Allah perintahkan bunuh diri sendiri. gulp. tp imam kata.. sdikit demi.sdikit ada blaku perubahan. zaman kita-istighfar byk2 dan taubat betol2 jika insafi apa salah kita..

malam tadi pulak dia bcerita pasal sifat sedekah nabi saw. katanya.. nabi tak banyak jubah. cuma ada 2.3 helai dlm simpanan.. tp bersih. ada seseorang neri jubah baru kpda baginda lalu baginda pakai time solat. tiba2 ada seorang sahabat-meminta agar diberi jubah itu kepadanya. tanpa membuang masa, baginda membuka jubah disitu jugak dan memberikan kepada sahabat tersebut. sabahat2 yg lain datang dan memarahi sahabat tersebut. tp kata sahabat itu.. dia mahu keberkataan yg ada dlm jubah tersebut. kerana jubah itu dipakai baginda saw. imam hafiz kata.. asal ada peluang saja.. sahabat2 akan peluk dan cium baginda. sebab atas dasar kasih yg mendalam. ntah kenapa bila smpai part ni. aku sebak smpai termenangis.

No comments: