Monday, June 30, 2014

teraweh pertama dan kedua.

malam pertama: imam dari rumah.

malam kedua: imam hafiz dari surau. naik moto. dalam hujan. 20rakaat. tp buat 8. sebab saru malam satu juz.

malam ketiga: imam diri sendiri. (panasnya puasa pada hari kedua, huhu)

Saturday, June 28, 2014

Thursday, April 3, 2014

86 hari saja lagi menuju ramadhan...

2 persoalan bermain di benak:

1- masih jumpa ramadhan kah aku tahun ni?

2- masih seorang diri menyambut ramadhan kah juga aku tahun ini mcm tahun2 lepas?

2 persoalan, 1 jawapan: Allah saja Yang Maha Tahu.


:)

Wednesday, July 24, 2013

terhenti di sini...

......sebentar cuma sebab alaa tau2 sendiri jer sudah eh.

Monday, July 22, 2013

tazkirah: uwais al qarni

selain nama anak siti sarah (ya tuhan comelnya anak ni!!)

rupanya uwais al qarni ni sendiri ada kisahnya, pada zaman nabi saw dahulu.

digambarkan uwais ni sorang yg miskin, tidak ada apa kecuali seorang ibu.

uwais ni ada penyakit sopak.

------------------------------------------------------------------

mari zoom out.

satu hari nabi suruh 2sahabat baginda carik si uwais yg ada di madinah ni utk minta dia ni mendoakan 2 sahabat baginda ni supaya mendapat ke syurga.

siapa sahabat baginda ni? sorang ialah ali abi talib. sorang uthman bin affan. persamaan mereka? MEMANG SAH2 DIJANJIKAN SYURGA SIAP2 OLEH ALLAH!

lalu fikir mereka, siapa plak uwais ni smpai deme kena pi ngadap uwais ni dan minta didoakan lagi benda yg sama, hebat sangat ke uwais ni? itu fikiran mereka. dan macam mana nak kenal mana satu uwais sebab punyalah ramai manusia dalam madinah tuh?

lalu nabi beri petunjuk kepada kedua sahabat baginda; antara tanda nak kenal mana satu uwais ialah pemuda ini punya satu tanda sopak dibelakang tengkuknya (digambarkan sebesar syiling 20sen)

dipendekkan kisah, kedua sahabat ni terjumpalah si uwais ni. punyalah tak sangka mereka sbb uwais yg mereka jmpa ni sorang pemuda yg teramat miskin, cuma ada 2 helai selendang untuk menutup aurat dan selai lagi menutup badan/bahu. rambut dan jambang tidak terurus. kelihatan selekeh. apa keistimewaan pemuda ini sehingga nabi saw minta keduanya pohon didoakan?

rupanya...

--------------------------------------
zoom in balik...

uwais ni doanya mujarab dan tiada hijab sebab atas kebaktian dan kasih sayang terhadap ibunya. minta saja mahu doakan apa, maka akn termakbul...

namun uwais tidak pernah mahu mendoakan agar disembuhkan sopak yg ada padanya. sopak yg teruk digambarkan. uwais berkeras tidak mahu; kerana katanya, sopak itu ialah ujian Allah terhadap dirinya, jika dia mintak untuk diubati; maka dia akan terasa bagai tidak bersyukur dengan segala qada dan qadar Allah.

lalu ibunya berkeras menyuruh dia berdoa agar sopaknya sembuh. berkali2 dipaksa, akhirnya atas kasih sayang anak terhadap ibunya; dia pon berdoa moga disembuhkan sopaknya tetapi diminta supaya Allah tidak menyembuh sebahagian kecil sopaknya agar dia tidak lupa diri atau ujub.

---------------

kerana itulah, uwais al qarni dikenali dengan tompokan kecil sopak dibelakang tengkuknya..








sekian.












Sunday, July 21, 2013

sambungan tazkirah di bawah.. (ii)

..beliau yg bernama abu bakar. lalu beliau bertanya kembali kepada wanita itu.. bagaimana mungkin wanita itu mengrtahui dia ialah org lain.. jawab wanita itu... "pemuda yg menyuapi aku selalunya lemah lembut.. sopan.. malah dia menguyahkan makanan utk ku sebelum menyuapi aku, kamu pulak seorang yg kasar!"

lalu abu bakar ra menangis semahunya! terkejut wanita itu.. abu bakar ra berkata kepada wanita itu.. dlm esakan yg kuat.. "wahai wanita tua.. pemuda yg sejak dahulu hingga smlm yg menyuapi kamu selama ini ialah Muhammad! pemuda yg selama ni kau kutuk.. kau cacidan kau hinakan dia..! tapi smlm baginda telah wafat...!"

wanita tersebut  terkejut bukan kepalang! lalu tidak lama selepas itu.. diriwayatkan wanita itu mengucap syahadah. alhamdulillah..

*ralat- n3 terdahulu saya taip abu bakar as.. sebenarnya ialah abu bakar ra. maaf ya. maklum saja.. menaip 1.30am.. mata separuh layu tp ttp ada hati nk menulis n3. heh.

tazkirah malam ke 13.. buat mengundang air mata.. (i)

mlm ni ustad lambat sket smpai. mybe sbb dia pon ada aral dia. namun worth it sebab mlm ni je tazkirah dan sirah dia buat aku menangis. dh tau sirah yg ni.. tp dgr byk kali pon ttp akn menangis punya. wuuuu~

diceritakan pd zaman nabi saw dlu.. ada sorg nenek buta ni xpenah jmpa nabi saw tp hnya melalui cerita2 org lain.. maka dia mngatakan kpda siapa2 yg lalu lalang di pasar "sila jauhkan diri kalian dgn manusia bernama Muhammad itu! sesungguhnya dia seorang yg jahat.. suka menipu dan tidak elok budi pekertinya!" bahkan setiap org yg lalu dia pasti akan berkata begitu tanpa jemu.

sehingga satu hari.. nabi saw sendiri melalui laluan nenek tua ni.. lalu nenek itu berkata seperti yg biasa diucapkan. adakah nabi saw marah? tidak langsung. bahkan baginda cuma tersenyum. dan terus menjadi rutin membelikan makanan kpd nenek tua itu. setiap hari. tanpa baginda jemu.

sehingglah pda hari baginda wafat.. abu bakar as segera melakukan segala perbuatan yg sama seperti dilakukan baginda ketika masih ada. lalu bertanya abu bakar as kpd puterinya yakni isteri nabi saw iaitu aisyah ra.. "ada apa lagi perbuatan baginda yg blom ayah lakukan wahai anak ku?" lalu aisyah yg cerdas fikiran itu bertanya adakah ayahnya sudah memberi makan kpd wanita tua di hujung ppasar hari ni? abu bakar as menjawab "belum. dan aku akn lakukannya sekarang wahai puteriku!"

lalu beliau menghampiri nenek tersebut.. membelikan makanan serta mahu menyuapnya.. seperti biasa nenek tua itu berkata yg buruk2 ttg nabi saw. menangis dan terpaksa menahan sebak yg amat abu bakar bila dia mendengar manusia kesayangan para sahabat yg sekalian itu dihina dan dinista.. namun abu bakar as tidak berkata sepatah pon.. kecuali menahan sendu lalu menyuapi wanita tua itu.

"kamu bukan orang yg hari2 menyuapi aku! siapa kamu?!" tnya wanita itu. abu bakar mjawab beliau ialah bernama