Friday, July 19, 2013

2 mlm tonggang terawih gara2 demam melampau.

jarang sakit. tp bila skali sakit. trus down. xpe. kafarah. terima saja. isnin selasa x pi surau pon. ikotkan rabu pon masih mamai (gara2 ubat) tp paksa juga pi sbb rsa pelik bila dh lama x trawih.

antara tazkirah ustad yg msih ku ingat adalah: sengsara di syria.. jgn membazir mknan time berbuka dan usah beria time nk nyambut raya. mlm tdi x dan nk dengar jugak sbb kejarkan waktu nk p tuang minyak moto.


mlm2 sebelumnya aku igt paling kuat ada 2 kisah. satu kisah bagaimana imam syafie mampu khatam al quran 2x dlm sehari. gulp. slerti sedia maklum.. imam mazhab kita ni sntiasa sibuk. lalu bagaimana dia mampu uruskan msa 24jam beliau dgn begitu baik skali eh? kagum. gulp gulp gulp.

mlm kelmarin.. pda zaman khalifah apa eh.. rasyidin kot.. ada sorang wanita ni berjalan pulang dari mekah ke aqsa. lalu khalifah terjumpa di tgh jalan dan bertanya byl soalan kpda wanita tersebut. yg ajaibnya. wanita tersebut mnjawab soalan2 biasa dri khalifah dengan jawapan berdasarkan sebijik sebijik guna ayt al quran.

contoh soalan biasa yg ditanya khalifah ialah: siapa nama anak2 mu?

lalu wanita tersebut menjawab dengan mgguna ayt2 dari surah an nisa serta surah2 yg ada mengandungi nama2 nabi musa as, nabi ibrahim as, dan nabi yahya as. maka fahamlah khalifah tersebut.. tp dia masih kagum.



sehinggalah sampai di rumah wanita itu.. khalifah bertnya kpd ank lelaki wanita tersebut.. sejak bila ibunya menjawab dan berkata2 dlm bntuk ayat2 al quran malah tiada satu pon terkandung ayt2 biasa dan ringkas?

jawab anaknya: ibunya memang begitu sejak 40thn lalu! yakni selepas kematian suaminya yg meninggalkan pesan "usahlah kamu berkata2 yg sia2 selain daripada ayt2 suci al quran.."

memegang wasiat suami maka sejak itulah wanita itu menjadi lenghafaz al quran dan berkata2 hanya melalui ayt2 al quran semata.

ternganga saya dalam surau malam tuh. fuhh!~

Thursday, July 11, 2013

tazkirah imam waktu terawih yang awesome

takat ni masih lagi diberi peluang utk terawih. alhamdulillah. terawih start dlm 9.10pm.. selesai adalaaa dalam 10.15pm. agak cepat. sebab trawih habis dlm 9.40.

tazkirah mlm pertama.. kejap sngt.. dlm 5min.. imam hafiz ni bijak. dia pancing slow2... dlm kisah 5min dia cuma bagitau.. last day sebelum puasa.. orang2 kita.. akan makan macam2 time lunch.. kata deme "nila last makan siang" imam kata dia pon x faham konsep tuh. haha.. sbb katanya.. time puasalah.. orang akan terlebih makan. lol. then dia tambah sket lagi.. pasal dia pelik ngan budak2 kg dia yg asal 5pm je.. start motor pi round satu kampung. ke hulu ke hilir tnpa ada tujuan.

tazkirah imam malam kedua.. perkara2 yg bleh batalkan puasa. dan kisah nabi2 terdahulu berpuasa. dengar kisah nabi sulaiman dan kaumnya yg berpuasa sehari dan berbuka sehari. maksudnya.. puasa dan berbuka berlaku dlm tempoh 48jam! yg dengar sume terkejut. tp imam cepat2 counter.. katanya.. sebab apa 48jam.. sbb zaman nabi sulaiman.. umatnya besar2.. tongkat nabi sulaiman je dh 40hasta (imam soh balik rumah sila ukur 40hasta pnjang mna) dan serba sikit lagi kisah yg aku dh lupa. orang zaman itu jika taubat nasuha..Allah perintahkan bunuh diri sendiri. gulp. tp imam kata.. sdikit demi.sdikit ada blaku perubahan. zaman kita-istighfar byk2 dan taubat betol2 jika insafi apa salah kita..

malam tadi pulak dia bcerita pasal sifat sedekah nabi saw. katanya.. nabi tak banyak jubah. cuma ada 2.3 helai dlm simpanan.. tp bersih. ada seseorang neri jubah baru kpda baginda lalu baginda pakai time solat. tiba2 ada seorang sahabat-meminta agar diberi jubah itu kepadanya. tanpa membuang masa, baginda membuka jubah disitu jugak dan memberikan kepada sahabat tersebut. sabahat2 yg lain datang dan memarahi sahabat tersebut. tp kata sahabat itu.. dia mahu keberkataan yg ada dlm jubah tersebut. kerana jubah itu dipakai baginda saw. imam hafiz kata.. asal ada peluang saja.. sahabat2 akan peluk dan cium baginda. sebab atas dasar kasih yg mendalam. ntah kenapa bila smpai part ni. aku sebak smpai termenangis.

Wednesday, July 10, 2013

ramadhan 2013

diam tak diam.. rupanya blog yg aktif setahun sekali ni.. dh jejak tahun ke 4dah her.. subhanallah! sejak 2009. main2 je. tp tanda ingatan. ni pon ambil masa nak menulis kembali. sebab leka baca n3 lepas2 yg tak seberapa tuh. heh.

1 ramadhan.
malam tadi trawih di surau. bonda yg mahu. ikot2 aku nak saja ke masjid. dapat laa solat tahyatul masjid 2 rakaat. takpe. hari lain ada. 29 hari lagi kita boleh nerpuasa (ok tolak 7hari sebab keuzuran kelak)

ramadhan kali ni.. ada yg berubah. bukan status aku ya. haha. aku bakal tolong bonda niaga kuih kecil kecilan sempena ramadhan. di kedai makcik. bukan bazaar. aku atk suka bersesak2. letih.

ramadhan pertama.. melaka cuti. maka jangan ditanya apa bikin ku cuti 1 ramadhan ni. haha..

terawih pertama dan akn datang di surau kampung... inshallah dimamkan oleh seorang imam bergelar hafiz. muda dan ada gaya. ehem.


oklah. dh 5petang dah. mahu saja berjalan tengok bazaar ramadhan duyung. salam. selamat berbuka kawan2 :)

Thursday, February 28, 2013

selepas ini, masih lagi perjalanan mencari tuhan..

KALIAN;
 
TUNGGU!!
 
 
 
AKU AKAN BAKAL DATANG DENGAN CERITA MENARIK :)

Thursday, August 11, 2011

part 3: terawih 6 dan 7 *trip to masjid USM*

sambungan dari n3 bawah...

HAA?? Aku pandang fara, fara pandang aku, fadlin pandang akak tuh. Masing2 cuba: mentafsir ayat (‘betol ke apa yg aku dengar? Akak nih offer apam balik free??-dari pihak kami) dan kelakuan (‘budak nih nak amek ke tak apam balik aku nih?-dari pihak akak apam balik)

Bila melihat akak apam balik nih tersenyum sambil mengangguk, cara untuk mengesahkan ‘ya, apam nih free’, kami pon jalan balik ke gerai akak tuh. Sambil manis muka (dalam hati: harap jangan laa akak nih kecik hati dengan kelakuan kami)
“amek laa, rezeki kamu nih, akak pon dah kemas nak balik nih” akak tuh senyum. Nasib baik dia jenis tak kisah.

Sempat bertanya dimana bazaar yang fara dan fadlin cari tuh, jawab akak tuh dah lama tutup sebab bazaar tuh tak berapa laku. Kalau nak jugak, jalan lagi sikit dan akan jumpa bazaar mini, jualan org2 taman perumahan. Fadlin dan fara menolak. Tak mahu. Maka fara dan fadlin memilih untuk berjalan balik dengan menggunakan jalan yg lain, maknanya kami berpusing untuk balik semula.

Tak sangka, tesco sungai dua giler dekat dengan pintu utama usm.

Dan fara serta fadlin beria menunjukkan aku mana satu gerai beger yang super sedap, mana kedai goreng2 yang sedap, mana kedai jual cendol yang superb, di tengah panas mentari, dalam keadaan berpuasa, berjalan kaki hampir 1.5km, dan setelah menempuh perjalanan dalam bas selama 7jam.. tanpa rehat, ini sudah lebih dari cobaan nih… takpe, pengembara2 ramadhan (ceh!) yg lain lagi perit dugaan mereka, apalah sangat berbanding aku nih kan.

Sampai masjid, student agak ramai memenuhi perkarangan masjid. Oh, rupanya khemah arab putih disediakan untuk majlis iftar pendaftar pelajar luar negara (Indonesia, iran, mesir) yang diadakan pada hari tersebut.

Kami beratur untuk ambil makanan iftar. Dua jenis daging (rupanya daging lembu fresh dan kambeen) dan nasi bersama rempah yg sarat padat. Tibe2 teringat sambal goreng bunda.. haipppp! Oleh sebab aku tak minum ais time berbuka, maka air asam boi pekat dengan pewarna itu aku gatal ambil semata2 melihat semua org amek segelas, apada.
Kami berbuka dekat dengan kawasan masjid, duduk selesa bermejakan meja bulat. Meja diatur secara memanjang. Meja sebelah kanan kami ialah sekeluarga dari iran. Pama dan 3 anak. Meja sebelah kiri plak ada 3-4 orang student usm yang tidak balik kampong minggu tersebut. Agak meriah.

Sewaktu menunggu azan, fara dan fadlin bercerita2 tentang kehidupan ramadhan mereka lewat 4thn di usm. Kali terakhir fara berada di usm untuk ziarah lecturer ialah pada tahun lepas, itu pon menurutnya, banyak yg dah berubah. Fadlin pon sama. Mengajar di Uitm Penang membataskan gerakannya mahu ke seberang pulau semata ziarah biasa dan solo.

Masuk azan, kami terus berbuka dan makan. Habis makan, qamat memanggil maghrib pon sampai, kami tergesa2 menuju ke tingkat atas selepas amek wuduk kat tingkat bawah.
Selesai maghrib, seperti biasa, ada yg sambung membaca al quran. Masa nih aku mula tak rasa selesa. Sebab baru teringat, baju yang dipakai dari pagi tidak diganti. Kurang selesa. Tapi tak boleh nak buat apa, beg baju aku dalam kereta, dan parkingnya tak memungkinkan aku untuk meminta kunci kereta dari fadlin yg sedang khusyuk taddarus.

Dapat pak imam arab.. dua rakaat terawihnya sama macam 4rakaat terawih imam org kita. Gigil lutut menahan waktu berdiri. Mujur aku pernah punya pengalaman berimamkan pak arab semasa di masjid al azim 3-4 ramadhan lepas. Jadi memang dijangka bacaannya panjang, dan qunutnya 10min.

(sambung nnt la eh…)

Wednesday, August 10, 2011

part 2: terawih 6 dan 7 *trip to masjid USM*

sambungan dari n3 dibawah...

Aku dibawa terus ke pulau. Naik jambatan pulau pinang, yer aku telah tertipu dengan sebuah jambatan yang sebijik sejiban kat butterworth, Cuma lebih kecil. Tapi design sebijik giler. Fadlin selaku ‘Melaka’ yang dah jadik ‘Pulau Pinang’ sejak hampir 8tahun (belajar, mengajar) berkata “kalau orang luar yg baru masuk penang, memang akan keliru 100%” (dalam hati: yer fadlin, aku salah sorang dari mereka)

Kami masuk ke dalam usm. Fara dan fadlin berebut bertindak sebagai tourist guide padaku. “haa ini school fizik kiter orang” “ini school lanskap” “ini school cikgu2”
Aku cuma mampu “haaa…oooo…..haaaaa… ooooooooo……”, lain laa kalau aku pernah belajar dalam usm, bleh aku tumpang excited sama :D

Mencari parking dalam masjid, aku lihat dah banyak khemah arab putih yang didirikan. Tapi yg ada cuma meja bulat dan kerusi. Orang, dan suasana belum nampak lagi.

“kiter nih dah terawal laa.. baru pukul 6, memang takde apa lagi nih” ujar fadlin.
“jom kita pi carik bazaar tempat kita selalu pergi tuh nak??” cadang fara. Mereka decide untuk berjalan kaki, aku fikir, oh, dekat.

Kemudian bila berjalan, dan berjalan, berjalan lagi…. Aku terdiam (dalam hati: nasib pakai kasut flat)

“eh, fara, kenapa aku rasa kita nih jalan2 tak sampai bazaar lagi ha?” TERIMA KASIH FADLIN!
“aku rasa kan, kita nih dah tua la.. sebab dulu jalan ke bazaar kita tak rasa jauh macam nih kan..”
Aku hanya mampu terdiam. Bukan kampong aku, maka lebih baik diam.
“long, aku tgk muka ko dah penat dah. Penat ke?” fara perasan.
“eh, aku ok jer la.. tak rasa penat sangat” (dalam hati: denial. sebab aku tengah sandang bag pack isi macam2)
Jumpa tapak bazaar, yg ada hanya…. TAPAK BAZAAR. Bazaar takde. Hilang.
“eh, mana pi bazaar kat sini eh..” fadlin dan fara terkejut. Aku pon untuk subject “ the more the merrier”, telah memilih untuk buat2 terkejut sama.
Sambil berjalan, kami menghampiri sebuah gerai jual apam balik. Dekat 5 tapak sampai gerai, fadlin tanya fara..
“fara, ko nak beli apam balik tak?”
“tak nak ah” fara jawab. Masa tuh gerai apam dah betol2 depan kami, dan aku syak kakak apam balik tuh dengar. Mungkin hasil letih, penat, kaki sakit, fara menjawab tone begitu.
“dik, apam balik…” kakak gerai tersenyum memandang kami. Aku senyum dan geleng, sebab dah 2-2 taknak beli, waktu 2langkah membelakangkan gerai akak tuh, aku sempat melihat akak tuh membungkus dengan segera sekeping apam baliknya. Mungkin dia fikir kami ingin membeli, atau gelengan aku tadi tak cukup haul untuk akak tuh faham kami hanya akan berjalan melewati gerainya, bukan niat mahu membeli.
“dik, nah amek nih, akak bagi” akak tuh bersuara.

sambungan lagi...

Tuesday, August 9, 2011

terawih 6 dan 7 *trip to masjid USM*

journey to the north.
laporan bergambar di blog fahri

Jumaat
Tiket bertolak pada pukul 9.30 pagi, bas bergerak pada jam 10pagi. Tipikal. Waktu tuh budget sampai pada fikiran orang Melaka yang tak pernah naik bas ke Penang ialah lebih kurang 3petang sampai. Oleh sebab aku duduk single seated bahagian depan, maka terdengar laa perbualan seorang pakcik-driver bas berkaitan waktu sampai.

“I nak turun Butterworth, agak2 bila boleh sampai eh?”
“5petang itu macam” ringkas jawapan uncle driver.

Toing! 5petang? Mahu makan separuh hari nih. Ujar hati kecilku. Takpe, janji selamat sampai. Perjalanan bosan. Dengan takde ipod, radio bas tak dipasang, maka aku harungi 80% perjalanan dengan ZZzzz…. Kerana malam sebelum bertolak, aku tidur pada 1pagi, dan bangun sahur pada 4pagi terus tak tido2 sampai ke Melaka sentral.

Bila perjalanan menghampiri area exit ke Cameron Highlands, masa sedang tidur, tiba2 terasa bas terhayun ke kiri kanan sedikit, perasaannya sama seperti menaiki bot di laut. Maka aku fikir mungkin kerana bas mahu ke lane kiri. Dan rupanya disinilah ujian perjalanan bermula…

Aku terdengar jeritan uncle driver memanggil co pilot nya di tempat duduk belakang penumpang dimana co drivernya sedang tidur.

“Panggil Raju! Panggil Raju! I dah terlanggar kereta orang lah!” berderau darah aku masa tuh. Terasa sejat darah aku. Aku tahu apa yang aku perlukan kalau aku jadi macam nih.

Air. Aku perlukan air sekarang. Aku kalau semangat hilang, aku akan perlukan air walau seteguk. Kasi datang semangat balik.

Oit! Puasa la!

Bila aku tengok arah depan, kelihatan sorang abang (melayu) aku fikir, dengan rambut tanco berkilat dipanah cahaya mataharri nan terik, dan speak mata hitam, sudah sampai di depan pintu bas.

“LU, TURUN SEKARANG!!!!!” jerit abang melayu tuh. Masa tuh aku tak tahu bagaimana keadaan kereta abang tersebut. Amarahnya, kalau siapa dekat untuk cakap “bang, assabarun minnal iman, bang”, wajib orang tukang sabar tuh yang dia hentak dulu. Uncle driver tak berani turun. Si Raju co pilotnya plak mamai lagi kat belakang. Aku syak kalau uncle turun, memang mati atau cedera parah. Aku mula terasa nak belek balik lesen aku dalam purse, demi nak buktikan kalau sesuatu terjadi pada uncle bas dan co pilotnya, aku bukan calon sesuai untuk menggantikan kerusi driver bas itu. Aku yang separuh mamai dalam bas memang terkejut dan memilih untuk menikus dari menyinga (sebab aku nak menyinga ialah sebab aku sedang2 elok tengah tidur sebelum kejadian, hampir tersentak kedepan dengan sungguh tak bergaya sekali akibat break emergency uncle, dah la sebelah aku abang hensem duduk, rambut macam fahri pulak tuh. PANGGGG!!!!! Jatuh saham gua tak memasal)

Dalam tak berani, sempat aku pandang kereta milik abang rambut tanco (ART) berkilat di depan bas.

Volvo s60, kaler maroon, berkilat, well-polished, no plat, johor, jangka hayat guna, kurang dari 3bulan. Atau kurang dari itu. 3 minggu mungkin. Atau 3 hari. Eiii.. ngeri dowh! Buatnya mamat ART tuh bawak kereta baru nak balik kampong tunjuk mak ayah dia ke, lepas tuh tgk lampu signal belah kanan dah OKU, mana laaa mamat ART tuh tak marah.

Patutlah uncle driver tak berani turun. Kalau turun aku tak rasa aku dapat sampai butterworth jam 5petang, fara masih terpaksa amek aku pada jam 5 petang, tapi keesokan harinya laa..

Nak ikutkan, sebenarnya bukan salah uncle driver atau bas lawa dia, tapi sebab sekor lori nih potong and masuk line dengan cara bahaya, maka uncle yang berada dalam lane tengah terpaksa ke lane paling kiri, which lane mamat ART. Lori yg sekor tuh telah berjaya meninggalkan tempat kejadian dengan kadar paling pecut untuk sekor lori 2tan.
Ada laa dalam 5 minit mamat ART tuh berdiri kat depan pintu bas tuh sambil buat muka tak puas hati tahap gaban. Uncle driver cuma mampu bercakap dari dalam bas, tidak mahu keluar, takut dia mati bulan2 umat islam puasa nih plak kang.

Agaknya bila tuntutan tidak berjaya, mamat ART tuh aku sempat lihat menendang pintu bas sebelum beredar. Aku rasa syukur laa jugak sebab aku fikir bila dia beredar, dia nak amek batang besi ke batang kayu ke pakat nak pecahkan semua tingkap bas, walau pada hakikatnya, yg pecah cuma lampu signal dia.

Tapi lampu signal Volvo s60 sebelah berapa ringgit yer……

Kemudian bas bergerak seperti biasa.. dan aku harap tak akan jumpa lagi laa kejadian2 macam tuh. Sepanjang perjalanan yang berbaki 4jam lagi tuh, aku berjanji tak mahu tido.

Tapi aku gagal la plak. Aku sambung balik ZZzzzZZzzzzzzzz…

“BUTTERWORTH! BUTTERWORTH!” masa tuh dah setengah jam aku sedar. Aku turun. Sms fara “gua dah sampai”. Fara terus call “weh giler cepat kau sampai, 4.30 dah sampai. Biasa 5.30 baru sampai, fadlin (kawan kami, org melaka) naik biasa 5.30-5.45petang baru sampai”

Yer la, aku syak uncle driver bawak laju kot, nasib baca doa naik kenderaan. Fuhh…
Sampai jer, aku terpaksa tunggu farah dan fadlin yang masih berada dlm kawasan UiTM Penang untuk fadlin bersiap dan packing. Sejam lagi menunggu. Aku solat musafir dalam surau yang agak sempit bila lebih ramai ‘jemaah tidur’ dari ‘jemaah solat’. 5.30petang, kelihatan kereta fadlin melewati aku. Sambil gaya seorang gadis melambai untuk teksi, masuk jer dalam kereta, aku dikutuk fara. “weh, kot yer pon nak control ayu, tak yah nak lambai gedik macam tuh” haha!

bersambung....