Monday, June 30, 2014

teraweh pertama dan kedua.

malam pertama: imam dari rumah.

malam kedua: imam hafiz dari surau. naik moto. dalam hujan. 20rakaat. tp buat 8. sebab saru malam satu juz.

malam ketiga: imam diri sendiri. (panasnya puasa pada hari kedua, huhu)

Saturday, June 28, 2014

Thursday, April 3, 2014

86 hari saja lagi menuju ramadhan...

2 persoalan bermain di benak:

1- masih jumpa ramadhan kah aku tahun ni?

2- masih seorang diri menyambut ramadhan kah juga aku tahun ini mcm tahun2 lepas?

2 persoalan, 1 jawapan: Allah saja Yang Maha Tahu.


:)

Wednesday, July 24, 2013

terhenti di sini...

......sebentar cuma sebab alaa tau2 sendiri jer sudah eh.

Monday, July 22, 2013

tazkirah: uwais al qarni

selain nama anak siti sarah (ya tuhan comelnya anak ni!!)

rupanya uwais al qarni ni sendiri ada kisahnya, pada zaman nabi saw dahulu.

digambarkan uwais ni sorang yg miskin, tidak ada apa kecuali seorang ibu.

uwais ni ada penyakit sopak.

------------------------------------------------------------------

mari zoom out.

satu hari nabi suruh 2sahabat baginda carik si uwais yg ada di madinah ni utk minta dia ni mendoakan 2 sahabat baginda ni supaya mendapat ke syurga.

siapa sahabat baginda ni? sorang ialah ali abi talib. sorang uthman bin affan. persamaan mereka? MEMANG SAH2 DIJANJIKAN SYURGA SIAP2 OLEH ALLAH!

lalu fikir mereka, siapa plak uwais ni smpai deme kena pi ngadap uwais ni dan minta didoakan lagi benda yg sama, hebat sangat ke uwais ni? itu fikiran mereka. dan macam mana nak kenal mana satu uwais sebab punyalah ramai manusia dalam madinah tuh?

lalu nabi beri petunjuk kepada kedua sahabat baginda; antara tanda nak kenal mana satu uwais ialah pemuda ini punya satu tanda sopak dibelakang tengkuknya (digambarkan sebesar syiling 20sen)

dipendekkan kisah, kedua sahabat ni terjumpalah si uwais ni. punyalah tak sangka mereka sbb uwais yg mereka jmpa ni sorang pemuda yg teramat miskin, cuma ada 2 helai selendang untuk menutup aurat dan selai lagi menutup badan/bahu. rambut dan jambang tidak terurus. kelihatan selekeh. apa keistimewaan pemuda ini sehingga nabi saw minta keduanya pohon didoakan?

rupanya...

--------------------------------------
zoom in balik...

uwais ni doanya mujarab dan tiada hijab sebab atas kebaktian dan kasih sayang terhadap ibunya. minta saja mahu doakan apa, maka akn termakbul...

namun uwais tidak pernah mahu mendoakan agar disembuhkan sopak yg ada padanya. sopak yg teruk digambarkan. uwais berkeras tidak mahu; kerana katanya, sopak itu ialah ujian Allah terhadap dirinya, jika dia mintak untuk diubati; maka dia akan terasa bagai tidak bersyukur dengan segala qada dan qadar Allah.

lalu ibunya berkeras menyuruh dia berdoa agar sopaknya sembuh. berkali2 dipaksa, akhirnya atas kasih sayang anak terhadap ibunya; dia pon berdoa moga disembuhkan sopaknya tetapi diminta supaya Allah tidak menyembuh sebahagian kecil sopaknya agar dia tidak lupa diri atau ujub.

---------------

kerana itulah, uwais al qarni dikenali dengan tompokan kecil sopak dibelakang tengkuknya..








sekian.












Sunday, July 21, 2013

sambungan tazkirah di bawah.. (ii)

..beliau yg bernama abu bakar. lalu beliau bertanya kembali kepada wanita itu.. bagaimana mungkin wanita itu mengrtahui dia ialah org lain.. jawab wanita itu... "pemuda yg menyuapi aku selalunya lemah lembut.. sopan.. malah dia menguyahkan makanan utk ku sebelum menyuapi aku, kamu pulak seorang yg kasar!"

lalu abu bakar ra menangis semahunya! terkejut wanita itu.. abu bakar ra berkata kepada wanita itu.. dlm esakan yg kuat.. "wahai wanita tua.. pemuda yg sejak dahulu hingga smlm yg menyuapi kamu selama ini ialah Muhammad! pemuda yg selama ni kau kutuk.. kau cacidan kau hinakan dia..! tapi smlm baginda telah wafat...!"

wanita tersebut  terkejut bukan kepalang! lalu tidak lama selepas itu.. diriwayatkan wanita itu mengucap syahadah. alhamdulillah..

*ralat- n3 terdahulu saya taip abu bakar as.. sebenarnya ialah abu bakar ra. maaf ya. maklum saja.. menaip 1.30am.. mata separuh layu tp ttp ada hati nk menulis n3. heh.

tazkirah malam ke 13.. buat mengundang air mata.. (i)

mlm ni ustad lambat sket smpai. mybe sbb dia pon ada aral dia. namun worth it sebab mlm ni je tazkirah dan sirah dia buat aku menangis. dh tau sirah yg ni.. tp dgr byk kali pon ttp akn menangis punya. wuuuu~

diceritakan pd zaman nabi saw dlu.. ada sorg nenek buta ni xpenah jmpa nabi saw tp hnya melalui cerita2 org lain.. maka dia mngatakan kpda siapa2 yg lalu lalang di pasar "sila jauhkan diri kalian dgn manusia bernama Muhammad itu! sesungguhnya dia seorang yg jahat.. suka menipu dan tidak elok budi pekertinya!" bahkan setiap org yg lalu dia pasti akan berkata begitu tanpa jemu.

sehingga satu hari.. nabi saw sendiri melalui laluan nenek tua ni.. lalu nenek itu berkata seperti yg biasa diucapkan. adakah nabi saw marah? tidak langsung. bahkan baginda cuma tersenyum. dan terus menjadi rutin membelikan makanan kpd nenek tua itu. setiap hari. tanpa baginda jemu.

sehingglah pda hari baginda wafat.. abu bakar as segera melakukan segala perbuatan yg sama seperti dilakukan baginda ketika masih ada. lalu bertanya abu bakar as kpd puterinya yakni isteri nabi saw iaitu aisyah ra.. "ada apa lagi perbuatan baginda yg blom ayah lakukan wahai anak ku?" lalu aisyah yg cerdas fikiran itu bertanya adakah ayahnya sudah memberi makan kpd wanita tua di hujung ppasar hari ni? abu bakar as menjawab "belum. dan aku akn lakukannya sekarang wahai puteriku!"

lalu beliau menghampiri nenek tersebut.. membelikan makanan serta mahu menyuapnya.. seperti biasa nenek tua itu berkata yg buruk2 ttg nabi saw. menangis dan terpaksa menahan sebak yg amat abu bakar bila dia mendengar manusia kesayangan para sahabat yg sekalian itu dihina dan dinista.. namun abu bakar as tidak berkata sepatah pon.. kecuali menahan sendu lalu menyuapi wanita tua itu.

"kamu bukan orang yg hari2 menyuapi aku! siapa kamu?!" tnya wanita itu. abu bakar mjawab beliau ialah bernama 

Friday, July 19, 2013

2 mlm tonggang terawih gara2 demam melampau.

jarang sakit. tp bila skali sakit. trus down. xpe. kafarah. terima saja. isnin selasa x pi surau pon. ikotkan rabu pon masih mamai (gara2 ubat) tp paksa juga pi sbb rsa pelik bila dh lama x trawih.

antara tazkirah ustad yg msih ku ingat adalah: sengsara di syria.. jgn membazir mknan time berbuka dan usah beria time nk nyambut raya. mlm tdi x dan nk dengar jugak sbb kejarkan waktu nk p tuang minyak moto.


mlm2 sebelumnya aku igt paling kuat ada 2 kisah. satu kisah bagaimana imam syafie mampu khatam al quran 2x dlm sehari. gulp. slerti sedia maklum.. imam mazhab kita ni sntiasa sibuk. lalu bagaimana dia mampu uruskan msa 24jam beliau dgn begitu baik skali eh? kagum. gulp gulp gulp.

mlm kelmarin.. pda zaman khalifah apa eh.. rasyidin kot.. ada sorang wanita ni berjalan pulang dari mekah ke aqsa. lalu khalifah terjumpa di tgh jalan dan bertanya byl soalan kpda wanita tersebut. yg ajaibnya. wanita tersebut mnjawab soalan2 biasa dri khalifah dengan jawapan berdasarkan sebijik sebijik guna ayt al quran.

contoh soalan biasa yg ditanya khalifah ialah: siapa nama anak2 mu?

lalu wanita tersebut menjawab dengan mgguna ayt2 dari surah an nisa serta surah2 yg ada mengandungi nama2 nabi musa as, nabi ibrahim as, dan nabi yahya as. maka fahamlah khalifah tersebut.. tp dia masih kagum.



sehinggalah sampai di rumah wanita itu.. khalifah bertnya kpd ank lelaki wanita tersebut.. sejak bila ibunya menjawab dan berkata2 dlm bntuk ayat2 al quran malah tiada satu pon terkandung ayt2 biasa dan ringkas?

jawab anaknya: ibunya memang begitu sejak 40thn lalu! yakni selepas kematian suaminya yg meninggalkan pesan "usahlah kamu berkata2 yg sia2 selain daripada ayt2 suci al quran.."

memegang wasiat suami maka sejak itulah wanita itu menjadi lenghafaz al quran dan berkata2 hanya melalui ayt2 al quran semata.

ternganga saya dalam surau malam tuh. fuhh!~

Thursday, July 11, 2013

tazkirah imam waktu terawih yang awesome

takat ni masih lagi diberi peluang utk terawih. alhamdulillah. terawih start dlm 9.10pm.. selesai adalaaa dalam 10.15pm. agak cepat. sebab trawih habis dlm 9.40.

tazkirah mlm pertama.. kejap sngt.. dlm 5min.. imam hafiz ni bijak. dia pancing slow2... dlm kisah 5min dia cuma bagitau.. last day sebelum puasa.. orang2 kita.. akan makan macam2 time lunch.. kata deme "nila last makan siang" imam kata dia pon x faham konsep tuh. haha.. sbb katanya.. time puasalah.. orang akan terlebih makan. lol. then dia tambah sket lagi.. pasal dia pelik ngan budak2 kg dia yg asal 5pm je.. start motor pi round satu kampung. ke hulu ke hilir tnpa ada tujuan.

tazkirah imam malam kedua.. perkara2 yg bleh batalkan puasa. dan kisah nabi2 terdahulu berpuasa. dengar kisah nabi sulaiman dan kaumnya yg berpuasa sehari dan berbuka sehari. maksudnya.. puasa dan berbuka berlaku dlm tempoh 48jam! yg dengar sume terkejut. tp imam cepat2 counter.. katanya.. sebab apa 48jam.. sbb zaman nabi sulaiman.. umatnya besar2.. tongkat nabi sulaiman je dh 40hasta (imam soh balik rumah sila ukur 40hasta pnjang mna) dan serba sikit lagi kisah yg aku dh lupa. orang zaman itu jika taubat nasuha..Allah perintahkan bunuh diri sendiri. gulp. tp imam kata.. sdikit demi.sdikit ada blaku perubahan. zaman kita-istighfar byk2 dan taubat betol2 jika insafi apa salah kita..

malam tadi pulak dia bcerita pasal sifat sedekah nabi saw. katanya.. nabi tak banyak jubah. cuma ada 2.3 helai dlm simpanan.. tp bersih. ada seseorang neri jubah baru kpda baginda lalu baginda pakai time solat. tiba2 ada seorang sahabat-meminta agar diberi jubah itu kepadanya. tanpa membuang masa, baginda membuka jubah disitu jugak dan memberikan kepada sahabat tersebut. sabahat2 yg lain datang dan memarahi sahabat tersebut. tp kata sahabat itu.. dia mahu keberkataan yg ada dlm jubah tersebut. kerana jubah itu dipakai baginda saw. imam hafiz kata.. asal ada peluang saja.. sahabat2 akan peluk dan cium baginda. sebab atas dasar kasih yg mendalam. ntah kenapa bila smpai part ni. aku sebak smpai termenangis.

Wednesday, July 10, 2013

ramadhan 2013

diam tak diam.. rupanya blog yg aktif setahun sekali ni.. dh jejak tahun ke 4dah her.. subhanallah! sejak 2009. main2 je. tp tanda ingatan. ni pon ambil masa nak menulis kembali. sebab leka baca n3 lepas2 yg tak seberapa tuh. heh.

1 ramadhan.
malam tadi trawih di surau. bonda yg mahu. ikot2 aku nak saja ke masjid. dapat laa solat tahyatul masjid 2 rakaat. takpe. hari lain ada. 29 hari lagi kita boleh nerpuasa (ok tolak 7hari sebab keuzuran kelak)

ramadhan kali ni.. ada yg berubah. bukan status aku ya. haha. aku bakal tolong bonda niaga kuih kecil kecilan sempena ramadhan. di kedai makcik. bukan bazaar. aku atk suka bersesak2. letih.

ramadhan pertama.. melaka cuti. maka jangan ditanya apa bikin ku cuti 1 ramadhan ni. haha..

terawih pertama dan akn datang di surau kampung... inshallah dimamkan oleh seorang imam bergelar hafiz. muda dan ada gaya. ehem.


oklah. dh 5petang dah. mahu saja berjalan tengok bazaar ramadhan duyung. salam. selamat berbuka kawan2 :)

Thursday, February 28, 2013

selepas ini, masih lagi perjalanan mencari tuhan..

KALIAN;
 
TUNGGU!!
 
 
 
AKU AKAN BAKAL DATANG DENGAN CERITA MENARIK :)

Thursday, August 11, 2011

part 3: terawih 6 dan 7 *trip to masjid USM*

sambungan dari n3 bawah...

HAA?? Aku pandang fara, fara pandang aku, fadlin pandang akak tuh. Masing2 cuba: mentafsir ayat (‘betol ke apa yg aku dengar? Akak nih offer apam balik free??-dari pihak kami) dan kelakuan (‘budak nih nak amek ke tak apam balik aku nih?-dari pihak akak apam balik)

Bila melihat akak apam balik nih tersenyum sambil mengangguk, cara untuk mengesahkan ‘ya, apam nih free’, kami pon jalan balik ke gerai akak tuh. Sambil manis muka (dalam hati: harap jangan laa akak nih kecik hati dengan kelakuan kami)
“amek laa, rezeki kamu nih, akak pon dah kemas nak balik nih” akak tuh senyum. Nasib baik dia jenis tak kisah.

Sempat bertanya dimana bazaar yang fara dan fadlin cari tuh, jawab akak tuh dah lama tutup sebab bazaar tuh tak berapa laku. Kalau nak jugak, jalan lagi sikit dan akan jumpa bazaar mini, jualan org2 taman perumahan. Fadlin dan fara menolak. Tak mahu. Maka fara dan fadlin memilih untuk berjalan balik dengan menggunakan jalan yg lain, maknanya kami berpusing untuk balik semula.

Tak sangka, tesco sungai dua giler dekat dengan pintu utama usm.

Dan fara serta fadlin beria menunjukkan aku mana satu gerai beger yang super sedap, mana kedai goreng2 yang sedap, mana kedai jual cendol yang superb, di tengah panas mentari, dalam keadaan berpuasa, berjalan kaki hampir 1.5km, dan setelah menempuh perjalanan dalam bas selama 7jam.. tanpa rehat, ini sudah lebih dari cobaan nih… takpe, pengembara2 ramadhan (ceh!) yg lain lagi perit dugaan mereka, apalah sangat berbanding aku nih kan.

Sampai masjid, student agak ramai memenuhi perkarangan masjid. Oh, rupanya khemah arab putih disediakan untuk majlis iftar pendaftar pelajar luar negara (Indonesia, iran, mesir) yang diadakan pada hari tersebut.

Kami beratur untuk ambil makanan iftar. Dua jenis daging (rupanya daging lembu fresh dan kambeen) dan nasi bersama rempah yg sarat padat. Tibe2 teringat sambal goreng bunda.. haipppp! Oleh sebab aku tak minum ais time berbuka, maka air asam boi pekat dengan pewarna itu aku gatal ambil semata2 melihat semua org amek segelas, apada.
Kami berbuka dekat dengan kawasan masjid, duduk selesa bermejakan meja bulat. Meja diatur secara memanjang. Meja sebelah kanan kami ialah sekeluarga dari iran. Pama dan 3 anak. Meja sebelah kiri plak ada 3-4 orang student usm yang tidak balik kampong minggu tersebut. Agak meriah.

Sewaktu menunggu azan, fara dan fadlin bercerita2 tentang kehidupan ramadhan mereka lewat 4thn di usm. Kali terakhir fara berada di usm untuk ziarah lecturer ialah pada tahun lepas, itu pon menurutnya, banyak yg dah berubah. Fadlin pon sama. Mengajar di Uitm Penang membataskan gerakannya mahu ke seberang pulau semata ziarah biasa dan solo.

Masuk azan, kami terus berbuka dan makan. Habis makan, qamat memanggil maghrib pon sampai, kami tergesa2 menuju ke tingkat atas selepas amek wuduk kat tingkat bawah.
Selesai maghrib, seperti biasa, ada yg sambung membaca al quran. Masa nih aku mula tak rasa selesa. Sebab baru teringat, baju yang dipakai dari pagi tidak diganti. Kurang selesa. Tapi tak boleh nak buat apa, beg baju aku dalam kereta, dan parkingnya tak memungkinkan aku untuk meminta kunci kereta dari fadlin yg sedang khusyuk taddarus.

Dapat pak imam arab.. dua rakaat terawihnya sama macam 4rakaat terawih imam org kita. Gigil lutut menahan waktu berdiri. Mujur aku pernah punya pengalaman berimamkan pak arab semasa di masjid al azim 3-4 ramadhan lepas. Jadi memang dijangka bacaannya panjang, dan qunutnya 10min.

(sambung nnt la eh…)

Wednesday, August 10, 2011

part 2: terawih 6 dan 7 *trip to masjid USM*

sambungan dari n3 dibawah...

Aku dibawa terus ke pulau. Naik jambatan pulau pinang, yer aku telah tertipu dengan sebuah jambatan yang sebijik sejiban kat butterworth, Cuma lebih kecil. Tapi design sebijik giler. Fadlin selaku ‘Melaka’ yang dah jadik ‘Pulau Pinang’ sejak hampir 8tahun (belajar, mengajar) berkata “kalau orang luar yg baru masuk penang, memang akan keliru 100%” (dalam hati: yer fadlin, aku salah sorang dari mereka)

Kami masuk ke dalam usm. Fara dan fadlin berebut bertindak sebagai tourist guide padaku. “haa ini school fizik kiter orang” “ini school lanskap” “ini school cikgu2”
Aku cuma mampu “haaa…oooo…..haaaaa… ooooooooo……”, lain laa kalau aku pernah belajar dalam usm, bleh aku tumpang excited sama :D

Mencari parking dalam masjid, aku lihat dah banyak khemah arab putih yang didirikan. Tapi yg ada cuma meja bulat dan kerusi. Orang, dan suasana belum nampak lagi.

“kiter nih dah terawal laa.. baru pukul 6, memang takde apa lagi nih” ujar fadlin.
“jom kita pi carik bazaar tempat kita selalu pergi tuh nak??” cadang fara. Mereka decide untuk berjalan kaki, aku fikir, oh, dekat.

Kemudian bila berjalan, dan berjalan, berjalan lagi…. Aku terdiam (dalam hati: nasib pakai kasut flat)

“eh, fara, kenapa aku rasa kita nih jalan2 tak sampai bazaar lagi ha?” TERIMA KASIH FADLIN!
“aku rasa kan, kita nih dah tua la.. sebab dulu jalan ke bazaar kita tak rasa jauh macam nih kan..”
Aku hanya mampu terdiam. Bukan kampong aku, maka lebih baik diam.
“long, aku tgk muka ko dah penat dah. Penat ke?” fara perasan.
“eh, aku ok jer la.. tak rasa penat sangat” (dalam hati: denial. sebab aku tengah sandang bag pack isi macam2)
Jumpa tapak bazaar, yg ada hanya…. TAPAK BAZAAR. Bazaar takde. Hilang.
“eh, mana pi bazaar kat sini eh..” fadlin dan fara terkejut. Aku pon untuk subject “ the more the merrier”, telah memilih untuk buat2 terkejut sama.
Sambil berjalan, kami menghampiri sebuah gerai jual apam balik. Dekat 5 tapak sampai gerai, fadlin tanya fara..
“fara, ko nak beli apam balik tak?”
“tak nak ah” fara jawab. Masa tuh gerai apam dah betol2 depan kami, dan aku syak kakak apam balik tuh dengar. Mungkin hasil letih, penat, kaki sakit, fara menjawab tone begitu.
“dik, apam balik…” kakak gerai tersenyum memandang kami. Aku senyum dan geleng, sebab dah 2-2 taknak beli, waktu 2langkah membelakangkan gerai akak tuh, aku sempat melihat akak tuh membungkus dengan segera sekeping apam baliknya. Mungkin dia fikir kami ingin membeli, atau gelengan aku tadi tak cukup haul untuk akak tuh faham kami hanya akan berjalan melewati gerainya, bukan niat mahu membeli.
“dik, nah amek nih, akak bagi” akak tuh bersuara.

sambungan lagi...

Tuesday, August 9, 2011

terawih 6 dan 7 *trip to masjid USM*

journey to the north.
laporan bergambar di blog fahri

Jumaat
Tiket bertolak pada pukul 9.30 pagi, bas bergerak pada jam 10pagi. Tipikal. Waktu tuh budget sampai pada fikiran orang Melaka yang tak pernah naik bas ke Penang ialah lebih kurang 3petang sampai. Oleh sebab aku duduk single seated bahagian depan, maka terdengar laa perbualan seorang pakcik-driver bas berkaitan waktu sampai.

“I nak turun Butterworth, agak2 bila boleh sampai eh?”
“5petang itu macam” ringkas jawapan uncle driver.

Toing! 5petang? Mahu makan separuh hari nih. Ujar hati kecilku. Takpe, janji selamat sampai. Perjalanan bosan. Dengan takde ipod, radio bas tak dipasang, maka aku harungi 80% perjalanan dengan ZZzzz…. Kerana malam sebelum bertolak, aku tidur pada 1pagi, dan bangun sahur pada 4pagi terus tak tido2 sampai ke Melaka sentral.

Bila perjalanan menghampiri area exit ke Cameron Highlands, masa sedang tidur, tiba2 terasa bas terhayun ke kiri kanan sedikit, perasaannya sama seperti menaiki bot di laut. Maka aku fikir mungkin kerana bas mahu ke lane kiri. Dan rupanya disinilah ujian perjalanan bermula…

Aku terdengar jeritan uncle driver memanggil co pilot nya di tempat duduk belakang penumpang dimana co drivernya sedang tidur.

“Panggil Raju! Panggil Raju! I dah terlanggar kereta orang lah!” berderau darah aku masa tuh. Terasa sejat darah aku. Aku tahu apa yang aku perlukan kalau aku jadi macam nih.

Air. Aku perlukan air sekarang. Aku kalau semangat hilang, aku akan perlukan air walau seteguk. Kasi datang semangat balik.

Oit! Puasa la!

Bila aku tengok arah depan, kelihatan sorang abang (melayu) aku fikir, dengan rambut tanco berkilat dipanah cahaya mataharri nan terik, dan speak mata hitam, sudah sampai di depan pintu bas.

“LU, TURUN SEKARANG!!!!!” jerit abang melayu tuh. Masa tuh aku tak tahu bagaimana keadaan kereta abang tersebut. Amarahnya, kalau siapa dekat untuk cakap “bang, assabarun minnal iman, bang”, wajib orang tukang sabar tuh yang dia hentak dulu. Uncle driver tak berani turun. Si Raju co pilotnya plak mamai lagi kat belakang. Aku syak kalau uncle turun, memang mati atau cedera parah. Aku mula terasa nak belek balik lesen aku dalam purse, demi nak buktikan kalau sesuatu terjadi pada uncle bas dan co pilotnya, aku bukan calon sesuai untuk menggantikan kerusi driver bas itu. Aku yang separuh mamai dalam bas memang terkejut dan memilih untuk menikus dari menyinga (sebab aku nak menyinga ialah sebab aku sedang2 elok tengah tidur sebelum kejadian, hampir tersentak kedepan dengan sungguh tak bergaya sekali akibat break emergency uncle, dah la sebelah aku abang hensem duduk, rambut macam fahri pulak tuh. PANGGGG!!!!! Jatuh saham gua tak memasal)

Dalam tak berani, sempat aku pandang kereta milik abang rambut tanco (ART) berkilat di depan bas.

Volvo s60, kaler maroon, berkilat, well-polished, no plat, johor, jangka hayat guna, kurang dari 3bulan. Atau kurang dari itu. 3 minggu mungkin. Atau 3 hari. Eiii.. ngeri dowh! Buatnya mamat ART tuh bawak kereta baru nak balik kampong tunjuk mak ayah dia ke, lepas tuh tgk lampu signal belah kanan dah OKU, mana laaa mamat ART tuh tak marah.

Patutlah uncle driver tak berani turun. Kalau turun aku tak rasa aku dapat sampai butterworth jam 5petang, fara masih terpaksa amek aku pada jam 5 petang, tapi keesokan harinya laa..

Nak ikutkan, sebenarnya bukan salah uncle driver atau bas lawa dia, tapi sebab sekor lori nih potong and masuk line dengan cara bahaya, maka uncle yang berada dalam lane tengah terpaksa ke lane paling kiri, which lane mamat ART. Lori yg sekor tuh telah berjaya meninggalkan tempat kejadian dengan kadar paling pecut untuk sekor lori 2tan.
Ada laa dalam 5 minit mamat ART tuh berdiri kat depan pintu bas tuh sambil buat muka tak puas hati tahap gaban. Uncle driver cuma mampu bercakap dari dalam bas, tidak mahu keluar, takut dia mati bulan2 umat islam puasa nih plak kang.

Agaknya bila tuntutan tidak berjaya, mamat ART tuh aku sempat lihat menendang pintu bas sebelum beredar. Aku rasa syukur laa jugak sebab aku fikir bila dia beredar, dia nak amek batang besi ke batang kayu ke pakat nak pecahkan semua tingkap bas, walau pada hakikatnya, yg pecah cuma lampu signal dia.

Tapi lampu signal Volvo s60 sebelah berapa ringgit yer……

Kemudian bas bergerak seperti biasa.. dan aku harap tak akan jumpa lagi laa kejadian2 macam tuh. Sepanjang perjalanan yang berbaki 4jam lagi tuh, aku berjanji tak mahu tido.

Tapi aku gagal la plak. Aku sambung balik ZZzzzZZzzzzzzzz…

“BUTTERWORTH! BUTTERWORTH!” masa tuh dah setengah jam aku sedar. Aku turun. Sms fara “gua dah sampai”. Fara terus call “weh giler cepat kau sampai, 4.30 dah sampai. Biasa 5.30 baru sampai, fadlin (kawan kami, org melaka) naik biasa 5.30-5.45petang baru sampai”

Yer la, aku syak uncle driver bawak laju kot, nasib baca doa naik kenderaan. Fuhh…
Sampai jer, aku terpaksa tunggu farah dan fadlin yang masih berada dlm kawasan UiTM Penang untuk fadlin bersiap dan packing. Sejam lagi menunggu. Aku solat musafir dalam surau yang agak sempit bila lebih ramai ‘jemaah tidur’ dari ‘jemaah solat’. 5.30petang, kelihatan kereta fadlin melewati aku. Sambil gaya seorang gadis melambai untuk teksi, masuk jer dalam kereta, aku dikutuk fara. “weh, kot yer pon nak control ayu, tak yah nak lambai gedik macam tuh” haha!

bersambung....

Tuesday, August 2, 2011

terawaih malam kedua, ramadhan hari ketiga

balik keje mmg terus kena masak. rupanya bunda demam dan berehat dari 2pm. bunda jarang demam, setahun tak sekali, tapi kalau sekali demam, mmg tak boleh bangun. kesian dia.

maka balik keje berkuntau kat dapur, tak rasa penat (sebab opis pon takde keje sangat, fb/dengar bacaan surah jer). lepas sejam siaplah sardin masak lemak cili api, peria goreng bersama udang pantin, sambal belacan, ikan selar goreng, binjai jeruk, jadilah. alhamdulillah.

malam tadi ingat nak terawih kat rumah je tapi bunda cakap nak terawih surau. pergi berdua, mak buyung adik no4 ku tuh dok terawih kat rumah jer. ayah nak sedekah mutan anak sekolah, sampai dua trip dia pergi mengantar kat surau tuh ;D

malam tadi masih dapat saf akhir, duduknya pon last. takpe la, harap2 berjaya dapat saf depan tak lama lagi. kagum aku ngan makcik2 yang dapat dok saf depan. tiap tahun, 'telekung' yg sama aku jumpa :)

masa nak start witir, bunda cuit peha, katanya "nak balik, berpeluh badan bunda nih, tengok" aku merasa belakang badan bunda. terasa lembab dek peluh, sebab saf belakang, kemungkinan angin kipas tak sampai. kesian bunda lagi, dalam demam2, berpeluh plak. ku senyum sambil bagi tau, 'kejap la yer, 3 rakaat jer, lepas tuh kita balik dah'

bunda diam. tak tau dia setuju atau tak. tapi bila tgk dia berdiri nak witir, aku teruskan solat.

balik rumah, badan dan mata dah mintak rehat. tapi tetap nak tgk rancangan ntah apa2 10-11pm, baru nak masuk tido, mak buyung mintak tolong urut belakang badan. sengal2 laa kakak.. biasa abang ada, dia tukang urut.. senyum2 dia membodek.

yola, meh sini badan.

kesian plak, abang jauh, badan bawak budak. dah 8 bulan. mestilah duduk baring terasa.

sahur pagi tadi, aku menumbuk rencah, buat petola tumis air ngan telur dadar. yg lain panaskan ajer. nasi terlebih air pulak. alahaiiiii~

Monday, August 1, 2011

terawih malam kedua.. ramadhan hari kedua..

lambat. menunggu semua siap dan masuk kereta.
imam sudah masuk rakaat kedua, baru masuk saf.
tak baik nih. takpe, teruskan usaha dapatkan saf yg depan, atau lebih baik.
dapat pulak makcik sebelah bila keluar saf, terus keluar, tak sempat nak bermanis muka, hatta bersalaman, sudah bangun dia.
aduhh... surau kampungku.

ikut hati mau ke al-azim. sudah pasang azam sejak malam tadi nih. harap2 dapat.

petang nih kena masak sepenuhnya di dapur, tadi bunda call, "demam" katanya.
ye la, kakak masak laa apa yg patut yer bunda.

hari nih telinga dengar 2 surah sekaligus. skrg ali imran masuk separuh suku bacaan. tersesat jugak lagu beribu sesalan. ish. tak elok. tak puasa telinga.

ramadhan, hari kedua, ku lalui dengan tenang hari ini ;)

terawih, ramadhan yang pertama di awal Ramadhan, membawa sekali angin Ogos

terawih pertama- tiada peluang. ditimpa uzur, kempunan.

ramadhan pertama- juga masih tiada peluang, double kempunan.


kata penulis
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui bila kita ditimpa musihah, kerana dia Maha Memberi, juga Maha Mengetahui atas sebab Memberi itu..

Thursday, July 28, 2011

satu perasaan yang halus tuh dah datang..


teruja
berdebar

siapa sangka..
untuk ramadhan kali ini

bermula dengan sebuah novel biasa..
mampu bawak saya sampai ke tahap..
yang saya sendiri sukar ungkapkan..


terima kasih tuhan, atas hidayah.
terima kasih teman, atas ingatan.


;)

Tuesday, September 1, 2009

terawih ke-11

.

Malam nih jemaah makin kurang.. tak pasti kenapa, maybe ada akak2 peod, maybe ada yg belum balik kampung balik, macam2 laa... daripada saf penuh (kira2 5 saf), kini saf yg terisi hanya 2 sahaja... hmmm....

So petang tadi berbuka dengan turn wani yg masak.. dia masak sup ayam, kicap pedas, ayam goreng kentaki. Jadiklah tuh.. tuh pon ada lagi extra2 atas meja, nak buat sahur esok.

Budak lelaki pula bagi kami sup sayur, siap bunga lawang ketumbar bagai kau dlm sup depa, aku tanya ikhwan, sapa yg masak, dia ke? Pastu dia jawab, bukan, sebab dia outing masa tuh, dia kata maybe AG dan mamat (setakat nih aku tak kenal lagi sapa mamat tuh, maybe aslah, maybe zul, tak sure). Potong sayur sawi macam nak terbelit anak tekak aku dia punya panjang, ahahhaa! Kelakar laa budak lelaki nih, tapi masak dia berasa laa, bukan laa tertawar atau termasin ker...

Korang perasan tak lately nih aku tak nyatakan lagi aku dah baca sampai surah mana? Sebab aku masih lagi berada dalam al-araf, berganjak pun dua muka surat dari kelmarin, tak tau sebab apa... mungkin sebab aku pon dah hampir nak peod, so mood nak membaca quran terbantut, aku sendiri terkejut, patutnya dah 11 surah aku lalu, tapi serauh dari 11 pon tak lepas lagi..

Tak pe, yg penting aku baca kalamNYA ini kerana mencari redhaNYA, bukan mencari selain dari itu. Jika aku dok kejarkan jumlah muka surat selari dengan hari berpuasa, maka jatuh tidak ikhlas aku mengaji.

Aku dapat satu cerita dalam buku ”tinta buat nenda” tulisan ustaz rashidy... katanya dalam buku itu.. diriwayatkan bahawa:

Ada seorang alim ini, amat teramat taat dalam agamanya, berpuasa, bersolat, serba serbi demiNYA. Lalu, Allah menitahkan bahawa si alim ini dimasuki Jannah tingkat tertinggi lantaran amalannya itu.

Namun si alim itu menolak, bahkan dia meminta amalannya dinilai dari segi redhaNYA. Selepas dibuat perhitungan, makan Allah menitahkan pula si alim ini dicampakkan ke dalam Jahim paling rendah.

Aduh! Mengapakah daku dicampakkan ke dalam Jahim ya Allah? Ujar si alim itu, terkejut bukan kepalang.

”kamu beramal dan beribadat bukan kerana mencari redhaKU, tetapi kamu hanya riak dan takbur atas amalanmu selama ini..”

masyaAllah! Sungguh aku terkedu selepas itu. Maka aku akan renewal niat aku kembali.

Bagaimana kawan2 yg lain? :)


.

terawih ke-10

.
Alhamdulillah.. sudah 10 malam aku berterawih ya.. masih tidak ponteng, belum waktunya :P. Petangnya kami berenam, bio aura, wani, nad, azie, erin dan aku, ke bazaar duyung. Inilah kali pertama mereka jejak kaki ke sana. Aku pula sudah 2 tahun tidak jejakkan kaki ke mana2 param (pasar ramadhan, sumpah aku tau param nih maknanya pasar ramadhan dari blog kak dalie, kalau kak dalie tak mentioned, mmg sampai sudah aku tidak tahu ape kebenda param tuh... igt nama tempat khas, ngeee...)

Bila sampai sana, mata masing2 melilau macam cari emas, hahaha! Yg aku ingat, aku beli air cendol, hati ayam 8 ketul besar rm2, mee goreng mamak, bobol kaya, taufufa. (kesudahannya: air cendol-habis, hati ayam- makan 3 ketul jer, mee goreng mamak: separuh jer, sebab senak perutku, bobol kaya-15biji kecik, aku sempat makan dlm 8 biji jer, taufufa- dua sudu jer! Dasar membazir!!!! Jgn ikut aku tau~)

Haa.... tak pernah aku lepas berbuka, aku termenung. Sebab nak digest punya pasal, aku rasa cam senak giler perot aku nih... ape lagi, habis jer nadiah muntah, aku pon terus masuk bilik air, HAMEK KAU... tak pernah2 (baca: jarang giler) aku makan pastu kuar balik! Aku sedar kantung aku besar (cewah!), so aku budget aku boleh makan apa yg aku beli. Kemudian lepas suku dari makanan tuh kuar balik... aku mula siasat apa yg aku makan dari mula... errmmmm... fikir punya fikir... sah!

AKU MINUM SEBUNGKUS CENDOL DULU!

Mmg laa senak perot aku nih, isi air dulu. (tapi sungguh nih, kalau aku nak beli cendol, aku akan beli kat tempat yg sama, lemaknya, manisnya, cendolnya, sumenya sedap belaka, mmg patut aku habiskan semuanya, hehehe!)

So bile aku terawih, mula laa muka naik biru pasal tahan senak.. mmg tak pernah aku alami.

So, adik2, jangan ikut perangai tak senonoh akak alis yaa.. :P

.